AirAsia menang anugerah syarikat penerbangan bernilai

KUALA LUMPUR 3 Jun – AirAsia Bhd telah memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Memberikan Nilai Di Asia Pasifik pada persidangan Aeroangkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pasifik 2011 di Singapura semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Komersial Serantau AirAsia, Kathleen Tan berkata, syarikat penerbangan itu merasa teruja menerima anugerah itu kerana ia merupakan pengiktirafan dari pemain industri dengan amalan terbaik yang berinovatif pada persekitaran tahap persaingan yang sentiasa berubah. – Bernama

Comments