Penerbangan sulung Malindo pada 22 Mac



Juruterbang-juruterbang Malindo Air bergambar selepas majlis menandatangani persetujuan persefahaman antara kakitangan dengan Malindo Air dan menerima sijil operasi dari kerajaan di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 7 Mac - Penerbangan hibrid pertama di Malaysia, Malindo Air (Malindo) akan membuat penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah mulai 22 Mac ini dengan harga serendah RM68.
Penerbangan ke Kuching, Sarawak pula akan bermula sehari selepas itu dengan tiket serendah RM38 dan tempahan boleh dilakukan mulai hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, Malindo pada operasi tahun pertamanya akan menggunakan 12 pesawat Boeing 737-900ER dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab transit.
Beliau berkata, Malindo akan memperkenalkan laluan domestik lain pada masa akan datang, manakala laluan ASEAN dan antarabangsa yang diberi perhatian ialah Indonesia, China dan India.
Beliau berkata demikian pemberita selepas menerima sijil operasi daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha di sini hari ini.


Comments