MAS syarikat penerbangan Asia pertama berlepas dari Frankfurt
KUALA LUMPUR 21 April - Satu penerbangan MAS berlepas dari Frankfurt menuju Kuala Lumpur pada pukul 11.40 malam waktu Frankfurt dengan 338 penumpang yang termasuk para penumpang Singapore Airlines dan Cathay Pacific di bawah peraturan perkongsian kod.
MAS adalah syarikat penerbangan jarak jauh Asia yang pertama berlepas dari Frankfurt.
Penerbangan itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada pukul 5.40 petang waktu Malaysia, demikian menurut seorang pegawai syarikat penerbangan itu. - Bernama
Comments