4 syarikat penerbangan dilarang guna ruang udara Eropah
BRUSSELS 22 Nov. - Kesatuan Eropah semalam menyenaraihitam empat syarikat penerbangan dari Filipina, Honduras, Republik Congo dan Demokratik Congo daripada menggunakan ruang udara di 27 buah negara anggota pertubuhan tersebut.
Syarikat penerbangan Aeromajestic and Interisland Airlines dari Filipina, Stellar Airways dari Demokratik Congo, Equatorial Congo dari Republik Congo dilarang ekoran kegagalan firma-firma tersebut menyediakan dokumen yang menyatakan mereka mengikut tahap keselamatan yang ditetapkan.
Syarikat Rollins Air dari Honduras pula dikenakan larangan selepas Perancis membangkitkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan syarikat penerbangan itu.
Eksekutif keselamatan EU juga mengenakan larangan yang sama ke atas tiga kapal terbang Boeing 767 yang dioperasikan oleh Jordan Aviation dari Jordan.
"Soal keselamatan harus diutamakan. Kami tidak boleh berkompromi dalam hal ini,"
"Kami perlu mengambil tindakan demi keselamatan sekiranya mendapati mana-mana syarikat penerbangan sama ada dari dalam atau luar Eropah, tidak melaksanakan tahap keselamatan yang ditetapkan," kata Pesuruhjaya Pengangkutan EU, Siim Kallas. - AFP
Comments