Cukai lapangan terbang: Tony batalkan sidang akhbar
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah membatalkan satu sidang media mengenai cukai lapangan terbang yang dijadualkan lewat hari ini.
Bagaimana pun, beliau menggunakan media sosial Facebook, untuk melahirkan kekecewaannya mengenai isu itu, sambil menyatakan cukai lapangan terbang perlu ditetapkan agar ia termampu kepada rakyat biasa.
"AirAsia telah memperjuangkan untuk menjadikannya lebih murah kepada orang kebiasaan. Cukai lapangan terbang dibayar oleh rakyat Malaysia dan para penumpang.
"Wang itu tidak diterima oleh AirAsia tetapi diterima oleh Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB),” katanya di dalam Facebooknya hari ini.
Katanya, Malaysia Airlines dan AirAsia telah menyumbang idea kepada MAHB bagi menaikkan pendapatan mereka dengan menarik kedatangan lebih banyak syarikat penerbangan.
"Kemudiannya, kurangkanlah caj itu,” katanya.
Tony berkata, MAHB telah membuat terlalu banyak janji kosong dan syarikat penerbangan itu dipersalahkan terhadap prestasi buruk mereka. – Bernama
Comments