Firefly dipilih jenama “Superbrand” menerusi pilihan pengguna

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Anak syarikat MAS, Firefly, dipilih sebagai jenama “Superbrand” menerusi pilihan pengguna membabitkan kajian dalam 100 kategori.

Pemenang memperoleh perakuan jenama tempatan dan antarabangsa paling bernilai itu menerusi undian penganjur, setelah melayakkan diri dalam kajian pengguna oleh Nielsen, syarikat penyelidik pasaran.

Pengarah Urusan Firefly Datuk Eddy Leong berkata, penghargaan itu akan merangsang syarikat untuk menjadi antara syarikat penerbangan berorientasikan pengguna terbaik dalam industri.

Syarikat itu juga akan meningkatkan perkhidmatannya untuk memudahkan pengguna perniagaan dan santai, katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

Comments