mangga add

Friday, October 30, 2009

Juruterbang muda maut

HULU SELANGOR 29 Okt. – Seorang juruterbang muda berusia 22 tahun mati apabila pesawat yang dipandunya terhempas di kawasan belukar kira - kira 3 kilometer (km) dari Kelab Golf Lembah Beringin di Lembah Beringin di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang ini, mangsa, Mohd. Ihsan Sayyid Abu Tahir melakukan penerbangan solo pesawat Eagles Twin Seater sebagai pelatih Sekolah Penerbangan Diraja Selangor. Beliau dipercayai tercampak sejauh kira-kira 30 meter dari bangkai pesawatnya. Ketika kejadian mangsa melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Mangsa dipercayai melakukan pendaratan cemas tetapi disebabkan masalah teknikal mengakibatkan dia tercampak keluar dari kokpit. Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Bharu, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan sebuah pesawat hilang dari radar kira-kira pukul 6.20 petang. Menurutnya, sejurus menerima laporan itu, polis telah menghantar sepasukan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan pesawat berkenaan. ‘‘Hasil bantuan sistem penentu kedudukan global (GPS), kita berjaya menemui bangkai pesawat itu berhampiran sebuah bukit kira-kira 3 km dari Kelab Golf Lembah Beringin. ‘‘Dengan bantuan kumpulan pacuan empat roda yang terdiri daripada tujuh buah kenderaan tersebut dan bomba, kita berjaya sampai di lokasi kejadian pada,“ katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini malam ini. Beliau menambah, hasil pemeriksaan ke atas pesawat itu pihaknya tidak menemui juruterbang terbabit sebaliknya mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian. Norel Azmi memberitahu, mayat mangsa kemudiannya telah di hantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu di sini untuk bedah siasat. Katanya lagi, polis akan terus mengawal lokasi kejadian sehingga DCA selesai melakukan siasatan berikutan kejadian berkenaan.

Hello you all!

Hello semua, Dh lame rasenye aku x update blog aku nie..byk alasan yg boleh aku berikan..heheheh.. 1)pertamanya... internet kat ridel cam haram..but dh pasang streamyx..power nye.. 2)Aku malas nk update blog..hahhaha.. but memandangkan internet dh power..insyallah aku nk rajin2 skit llaaa update blog aku nie.. Wei..korang ade dengra cite pasal Eagle 150 9M CLK terhempas semalam x? Anything please update!