mangga add

Wednesday, March 31, 2010

Bayern Munich 2 - 1 Manchester United

Olic celebrate goal yg die score during extra time

Pagi tu aku dh mmg budget nk tgk game Bayern ngan Man Utd nie...tapi apekan daya..dh set jam tapi x bangun.....

Bile aku bgn utk subuh..check soccernet..aduh..kalah laaa plak Man Utd...tapi nasib baik ade away goal...gile berharga goal Rooney kat Munich tu...so harap2 laaa bile second leg kat Man Utd ade la skit harapan utk proceed ke Semi Final

Seorang player Bayern Munich yg aku tgk hebat gak...Ivaca Olic..laju gak mamat nie, very sharp depan goal n bagus gak if Fergusan nk bid Olic nie and ganti Berbatov yg pemalas...hhhehehhehehhehheh

Tuesday, March 30, 2010

UFN...????

Hahahhaha..padan muka!

Ape kejadah tu UFN??? Kalu korang dh masuk dlm flying stage nie...UFN membawa maksud Until Further Notice...jadi ape relevannya ngan topik aku yg nk blog arini?

Al-kisahnya, dengan Short form nie, dengan rasminya Aircraft Diomond dan Eagle telah digroundedkan sepenuhnya until DCA inform...skrang baru nk grounded ke bang? Lepas2 Eagle crash aritu takde plak ko nk grounded n wat check yg detail so ko bley jamin yg problem cam gini xkan terjadi lagi...Dh ade org complain baru terhegeh2 ko nk grounded..ape punye mentaliti laaa org Malaysia nie ....Aku rase kat negeri Mat Salleh, sure diorang dh wat investigation...siap tubuhkan badan utk kaji lagi root cause accident...

Jadi ari2 yg aku pegi hangar tu..melepak ajelaaa...tunggu sambil berharap :)

Sunday, March 28, 2010

Happy Birthday My dear

Arini b'day awek aku yg ke-26...kitorang celebrate secara sederhana aje..yelah masing2 belum keje lagi...die tgh wat masters and aku plak seorang cadet...hehhehehhe

Tapi itu x bermakna yg aku x beli ape2 utk die...Mestilah beli something utk my ikin nie :) ptg smalam aku merayap2 di bandar KB utk beli kek, greeting card and small present (teddy bear Whinnie the Pooh) ...Bagi aku janji give something dari nothing..hehhehehe...

So, skali lagi happy b'day my dear !!!!

P/s: Smoga panjang umur n murah rezeki

Bolton Wanderers 0 - 4 Manchester United

Jlloyd Samuel holds his head after scoring an own goal

Man utd sekali lagi telah membuktikan yg walaupun main tanpa Rooney ,diorang masih lagi berbisa...Ferguson taruk Berbatov aje dh settle...2 bijik bai die score! Bravo Berba...Arsenal plak seri 1-1...padan muke ..hehhehehehhe

Tapi yg xsedapnye Chelsea plak bantai Aston Villa 7-1! Gile babi mengganas...tapi takpe Man utd still on top!yyeaaahhhha

Saturday, March 27, 2010

Sukhoi fly low level kat Ridel Apartment

Arini ari Sabtu...baru amik Exam OUM..gile ko...dengan x prepare ape2 ..terus aje exam..hahhahah siap Pak Supir bagi jawapan utk subjek die lagi :) Tapi yg bestnye pas nie kelas OUM dh xde lagi!!!!!

Yehaaaa! Merdeka laa beb :) mane xnye ...kalu x ari Sabtu kene dtg kelas ....So, cuti ko rase pendek laa...After balik dari kelas OUM, kitorang singgah mkn kat satu kedai yg kat Restoran Nasi Ulam cikgu...Mee Sup die perrghh!!! Terangkat beb! rase semua cukup padu dan membuatkan ko mancapai Tahiyat Akhir! Sungguh hebat penangan Mee Sup makcik tu....

Pas mkn kitorang balik laaa umah...dlm 20 minit gitu ..aku terdengar bunyi jet lalu lalang tinggi Ridel aje...skali bile aku tgk kat luar...Sukhoi beb! adedlm 2 bijik buat low level area2 KB Town...aku ape lagi excited mcm beruk laa...Mane xnye ko boleh tgk dengan jelas ngan mata ko sendiri Jet tu....Stakat ko tgh Airshow x best la beb coz tu mmg dh di plan...yg nie live punye n gile ganas! Nanti korang tgk laa video2 yg aku record gune hp aku ...Selamat Menonton dan terkejut beruk!! Hahahahhahhahahhah

Friday, March 26, 2010

MAS Engine on fire

Sumber: Utusan Online

Pesawat MAS mendarat cemas

PULAU PINANG 25 Mac - Pesawat Malaysia Airlines System (MAS) MH 674 dari Singapura ke Pulau Langkawi membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini hari ini.

Namun, kecekapan juruterbang MAS mengawal pesawat yang dipercayai mengalami masalah kebakaran enjin di bahagian sayap sebelah kanan itu berjaya menyelamatkan 83 penumpang dan enam anak kapal.

Difahamkan, pesawat itu sepatutnya mendarat di LTABL pada pukul 12.15 tengah hari untuk transit, namun terpaksa membuat satu pusingan di udara sehingga berjaya memadamkan kebakaran sebelum mendarat 15 minit kemudian.

Pengurus Kanan Malaysia Airport Berhad (MAB) di LTABL, Abdul Wahab Mohd. Yusof ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, berikutan kejadian berkenaan landasan terpaksa ditutup selama 20 minit dan dibuka semula pada 12.50 tengah hari.

"Pesawat ini berlepas dari Singapura pada pukul 11.15 pagi menuju ke Langkawi dan sememangnya dijadualkan transit di Pulau Pinang sebelum meneruskan penerbangan pada pukul 6 petang ini," katanya.

Dalam pada itu, penumpang penerbangan tersebut yang rata-rata terdiri daripada pelancong asing memuji tindakan pantas juruterbang serta kecekapan krew kapal mengawal keadaan cemas.

Eddie O'Hara (gambar), 46, yang duduk berhampiran tingkap berdekatan bahagian sayap yang mengalami kerosakan memberitahu, pada mulanya dia hanya mendengar bunyi seakan-akan letupan sejurus sebelum pesawat mendarat.

"Selepas pengumuman pendaratan daripada juruterbang, saya terdengar bunyi letupan kecil lalu melihat keluar tingkap dan ternampak api pada bahagian sayap itu.

"Kemudian saya dapat rasa pesawat itu naik semula dan membuat satu pusingan lagi sebelum mendarat dengan selamat dan pujian memang harus diberi kepada krew penerbangan itu yang menjalankan kerja dengan cekap," katanya.

Thursday, March 25, 2010

PC7 terhempas di UUM

KUBANG PASU 25 Mac - Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat Pilatus PC7 MKII yang dipandunya secara solo terhempas di kawasan hutan simpan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, di sini hari ini.

Juruterbang yang terkorban dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu ialah Mejar Muhammed Zulrihan Jusof yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Allahyarham telah berkhidmat di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar sebagai jurulatih penerbangan sejak 1 Januari 2008.

Mangsa yang menyertai TUDM pada 25 Februari 1991 meninggalkan seorang balu, Wizana Abd. Ghani dan tiga anak.

Difahamkan, mayat Allahyarham Muhammed Zulrihan ditemui oleh Pasukan Penyelamat TUDM kira-kira 10 meter dari tempat bangkai pesawat berkenaan ditemui terhempas.

Mayat jurulatih penerbangan itu dikeluarkan dari lokasi kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi dan jenazahnya kemudian diterbangkan dengan helikopter Nuri ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini untuk bedah siasat.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan akhbar berkata, pesawat yang dipandu oleh Muhammed Zulrihan berlepas dari KTU Alor Setar pada pukul 10.03 pagi ini bagi tujuan latihan penerbangan. Menurut kenyataan itu, TUDM telah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. "Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak dan semua ahli keluarga Allahyarham.

"Pihak TUDM amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh wira TUDM ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara," kata kenyataan itu.

Kali terakhir pesawat Pilatus PC-7 dilaporkan terhempas ialah di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dekat sini pada 11 September tahun lalu yang mengorbankan dua juruterbang TUDM.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Zamri Chik berkata, 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya mendapat panggilan pada pukul 10.25 pagi.

Sebaik tiba katanya, mereka berjaya memadamkan api yang memusnahkan sebahagian daripada pesawat berkenaan.

Aircraft nie dh masuk spin yg tak bley recover....

Eagle jatuh lagi....

Ya Allah, selamatkan budak2 APFT yg fly Eagle....

Berita dari Utusan Online...

Pesawat terhempas, juruterbang pelatih selamat 24/03/2010 11:37pm

KUALA SELANGOR 24 Mac - Sebuah pesawat ringan jenis Eagle terhempas di kawasan sawah blok R, Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang dekat sini petang ini.

Juruterbang pelatih yang mengendalikan pesawat itu secara solo, Tengku Zamir Farhan Tengku Zahadi, 21, cedera dan kini dirawat di Hospital Tanjung Karang.

"Keadaannya dilapor stabil dan keluarganya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Mohd Taib Ahmad kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian pada pukul 4.30 petang itu berlaku ketika juruterbang pelatih terbabit dalam perjalanan balik selepas melakukan latihan penerbangan secara solo dari Integrated Aviation Academy di Ipoh, Perak ke Kapar, Klang, dekat sini.

Mohd Taib berkata, Tengku Zamir dari Kota Baharu, Kelantan mengalami kecederaan pada rahang mulut, tangan dan luka di muka.

Beliau berkata polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.51 petang dan menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi memaklumkan kejadian itu. - Bernama

Wednesday, March 24, 2010

Lega pass Nav RT test...

Fuh..alhamdulillah...lega gile aku settle RT test utk Nav nie...yelah...macam mane aku tak lega...drp budak2 yg penah amik test nie...siap ramai yg repeat..so aku anggap maybe susah kot...

After wat preparation dgn membaca maggup yang sedia ade...aku org pertama yg amik test pagi tadi..which means aku laa yg 1st skali dlm batch aku amik test tu......

Cuak gak aku before nk amik test nie..tapi lame2 tu ok laaa.. :) Nie aku baru sampai umah...nk tido jap..ngantuk siot...huhuhuhuhuhuh

Monday, March 22, 2010

Park Ji Sung : Man of the Match

Yeehhaaaaaaa! mlm game smalam game ngan Liverpool mmg terbaik :) aku sempat tgk 2nd half aje coz baru balik dr mkn kat HD (gelas besar)...

Overall possession 50-50...tapi Man Utd still got the edge! 2nd goal mmg best laa coz Park Ji Sung buat flying header..walaupun ade kaki yg dihulurkan...Park Ji Sung tetap cool :)

Park scored the winning goal!

Yg nk jadi cite lagi best..aku ingat Chelsea menang smalam ngan Blackburn...rupe2 nye seri 1-1 :) So, Man Utd laa top on the table :)

Saturday, March 20, 2010

Senarai team Champions League Quater Final

Mase kat kelas Management tadi aku sempat surf internet thru Hp aku...bosan2 nk check new news kat soccernet.com...bukak2 website tu draw utk Quater final dh kuar....sila rujuk gambar di bawah ye utk penerangan lebih lanjut :)

Man Utd vs Bayern Munchen...Achtung!

Pada pendapat aku draw kali nie fair la coz semua sama kuat...tapi ape yg penting team kegemaran aku Man Utd akan jumpe Bayern Munich...so far aku rase rekod Man Utd ngan Bayern ok laaa..so ade harapan nk masuk final..cceeewwwaaah!

Monday, March 15, 2010

Mahfuz tersekat dlm Eagle?

Aku dan kawan2 bergambar sementara Mahfuz still terperangkap Lagi gambar Mahfuz terperangkap... Tgkla..peluh gile babi!!!! Cik Zhafri menenangkan Mahfuz yg kepenatan...

Arini aku ade sortie utk Instrument Flying 1 (IF1)...ptg tu aku sepatutnya naik 9M-ACA...bile tiba sortie aku, aku seperti biasa la berjalan kat aircraft tu...on the way aku jln, budak2 panggil aku...diorang suruh aku tunggu...

Aku pun naik heran...ape kes? Si Osman Kering tu panggil ke? Bile aku tanya diorang apesal...diorang ckp yg Mahfuz x bley kuar dr kapal coz tersekat :) aku punya laa bantai gelak coz x penah terjadi sebelum nie :)

Tolong-tolong gak laa...sebelum kitorang bukak canopy...ape lagi sesi bergambar laaa...Mahfuz dh mandi peluh...kesian + lawak...hehhehhehe . So, pengajarannya...make sure canopy lock tu dh disarm sebelum korang tutup....

Sunday, March 14, 2010

Carlos Santana "Maria Maria"

Mase aku sekolah menengah dulu, aku teringat satu lagu by Santana,..tajuk die "Maria Maria".. lagu die mmg best coz byk Santana goreng..so time2 teringat tadi aku surf kat youtube cari video clip lagu nie..wow! Ade beb...so jom kite layan same2 lagu nie :)

Lirik... Ho Maria Maria She reminds me of a west side story Growing up in Spanish Harlem She’s living the life just like a movie star Ho Maria Maria She fell in love in East L.A. To the sounds of the guitar, yeah, yeah Played by Carlos Santana Stop the looting, stop the shooting Pick pocking on the corner See as the rich is getting richer The poor is getting poorer Se mira Maria on the corner Thinking of ways to make it better In my mailbox there’s an eviction letter Somebody just said see you later Ahora vengo mama chola mama chola Ahora vengo mama chola Ahora vengo mama chola mama chola Ahora vengo mama chola I said a la favella los colores The streets are getting hotter There is no water to put out the fire Mi canto la esperanza Se mira Maria on the corner Thinking of ways to make it better Then I looked up in the sky Hoping of days of paradise Ahora vengo mama chola mama chola Ahora vengo mama chola Maria you know you’re my lover When the wind blows I can feel you Through the weather and even when we’re apart It feels like we’re together

Visit to Memorial Perang...Bank Kerapu

Arini aku xde sortie...so aku plan nk jalan2 laa isi mase lapang....

So, pas smayang Zohor aku singgah kat satu Muzium yg mmg dekat ngan tempat aku tinggal tapi x penah2 aku ade kesempatan utk visit...Sepatutnya nk masuk kene bayar RM2 ...tapi time aku nk melangkah dlm muzium tu ade plak gate terbuka kat bahagian outdoor die...ape lagi aku terus je buat muke confident masuk dlm muzium tu....

Muzium nie diorang buat utk mengingati zaman Jepun dtg Malaya dulu...kesian gak org dulu terpaksa bertahan ngan tentera Jepun yg sial nie...skang kite plak dok agungkan diorang..cis...

Cube la korang tgk2 gambar yg aku amik...so far bagus gak visit aritu coz byk yg aku blaja...amin :)

Batu bersurat...hhahahaha

Radar utk kesan Eagle yg jatuh :)

Kete kebal ni elok utk ganti bas APFT

Speed boat mahal..baik aku sewa yg nie

Kereta Kebal yg x kebal lagi

Beca masih digunakan lagi sampai skang

Kubu pertahanan...

Gambar dlm kubu...

Propeller 9M-BEV yg tercabut...kat sini rupenye...hahhahah

Saturday, March 13, 2010

Ari sabtu!!!

Hari yg kelam tetapi penuh rahmat
Syukurlah....

Arini the whole day aku lepak kat umah..baca buku skit2...best coz klas Management batal...jarang nk lepak full day kat umah nie...

Maybe mlm kang aku nk kuar jap coz nk jumpe din, member satu umah mase study kat UTM..die dtg KB coz ade promotion UTEM..

Satu lagi...setelah sekian lame KB tak ujan..starting ari jumaat pagi..ujan aje sampai skang...aku sgt bersyukur kat Allah s.w.t coz turunkan ujan rahmat nie,...sejuk aje KB...

Thursday, March 11, 2010

Man Utd all the way to quater final for Champions League!

Huray people! Walaupun aku tak tgk game smalam coz tido awal aku sgt happy bile bgn dari tido and check soccernet nye website ..Man Utd blasah Milan 4-0 beb! Gile ko 4-0...byk tu...

Rooney tgh kitai Abbiati..he begs 2 goals!

Tadi pas balik dari skola ade repeated telecast...aku tgk second half aje..but layan siout! Man Utd aje yg attacking all the time...Rooney plak seperti biasa ..on fire! Hahahhahaha..contender for Best Player of the Year ok tak? Sure die dpt laa tahun nie...

Wednesday, March 10, 2010

Eagle crash!

Woi sungguh aku tak sangka..Aircraft yg aku slalu gune utk training crash semalam kat bachok..Mintak2 semuanya dijauhkan dari bahaya..utk cerita penuh..sila baca artikel yg aku amik dari Utusan online...

Pesawat ringan terhempas, dua terselamat

Pesawat ringan Eagle 150B yang berpengkalan di Pengkalan Chepa terhempas di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok petang, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari

BACHOK 9 Mac - Sebuah pesawat latihan akademi penerbangan swasta terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Tualang Salak, Jelawat di sini pukul 4.40 petang tadi.

Bagaimanapun, pelatih, Tuan Ahmad Humaizi Tuan Mohamad Kamal, 29, bersama jurulatihnya, Kapten M. Ramesh, 29, terselamat dalam nahas yang menggemparkan penduduk kampung tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Yahya Salleh, kejadian berlaku ketika kedua-duanya yang masih bujang sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan pesawat dua tempat duduk jenis Eagle 150B.

"Mereka mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu dan keadaan dilaporkan stabil.

"Tuan Ahmad Humaizi merupakan salah seorang pelatih di Asia Pacific Flight Training (APFT) yang beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

"Difahamkan, ini latihan penerbangan sulung pelatih tersebut dan mereka berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 3.30 petang," ujarnya.

Tuan Ahmad Humaizi mengalami patah kaki kirinya manakala Ramesh hanya terseliuh.

Bagaimanapun pihak media tidak dibenarkan menemui mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian mendapati bahagian hadapan pesawat satu enjin buatan tempatan itu dalam keadaan remuk.

Pesawat satu enjin Eagle 150B itu juga sering digunakan oleh kolej penerbangan tempatan dan luar negara termasuk di New Zealand dan Australia untuk tujuan latihan asas.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Mohd. Nasir Sulaiman, 56, memberitahu, dia berada di luar rumah ketika menyaksikan pesawat terbang rendah dan hampir terlanggar tangki air rumah jiran.

"Saya nampak orang di dalam pesawat itu melambai tangan seolah-olah minta pertolongan sebelum terdengar dentuman kuat di belakang rumah saya.

"Saya dan kawan-kawan kemudiannya bergegas ke kawasan sawah dan kami dapati kapal terbang itu sudah terhempas, hampir putus dan kelihatan dua orang melambai-lambai tangan," katanya.

Menurutnya, penduduk kampung mengeluarkan mangsa daripada kokpit pesawat kemudian mengusung mangsa ke sebuah rumah sebelum menghubungi bomba dan ambulans.

Sunday, March 7, 2010

Yeah Man Utd on top of EPL!

Hahahahhaa..sukenye aku..buat pertama kalinya Man Utd on top of the table of EPL...lame gile diorang trailing Chelsea..but at last dpt gak potong...

Scholes score the only goal mlm tu

Game smalam Man Utd lawan Wolves..aku xdpt tgk coz Faizal tgh tgk movie...aku plak rase mengantuk gile...bgn pagi tadi terus check kat Soccernet...wah! Man Utd menang..Scholes yg score..die dh achieve century goal! congrats!

Saturday, March 6, 2010

Dinner at McD (Near Wakaf Che Yeh)

Big Mac n Fried Chicken
Tadi just came back from McDonald baru (dekat2 ngan Wakaf Che Yeh)....basically design die mcm McD Jln Pahang yg kat umah aku tu...cume kecik skit...Utk org kelate, McD nie kire superb laa coz baru ade seketul aje mcm nie ...

So, utk menu dinner aku telah membelasah BigMac ..lame x mkn McD rase best laa plak...

Friday, March 5, 2010

Satu lagi menu mantap di Kemaman Kopitiam

Oreo ice blended n kemaman kopi ais....terhebat!

Lagi gambar hebat..

As aku slalu blog, bile lepak Kemaman Kopitiam ngan awek aku, aku slalu kan order Kemaman Kopi Ais...Tapi kali nie time kitorang lepak, awek aku ade order Ice Blended Oreo...harga rm8.90..ala2 harga kat Coffee Bean aje..but aku boleh ckp sedap laa coz die blend oreo dlm kopi tu..masyuk beb!

Tuesday, March 2, 2010

1st Solo Training Area

Arini merupakan hari yg bersejarah bagi aku ...lepas solo circuit aritu ...kini tibalah masanye aku ke training area sorang2..

Utk arini sortie 1st (pagi) ngan Capt Rizal (Capt yg paling gempaq n sempoi di APFT) aku ke Uban Training Area...basically kitorang berjalan2 aje kat Uban tu..coz nk kenal tempat aje...mase nk masuk ke training area tu aku buat establish call..pastu ground ckp traffic ade 2 ketul..APAC 03 and 04! wow! combo gile..but aku dgn selamba aje request position... ape plak nk takut2 ..aku ade Capt Rizal kat sebelah kot :)

Time tu Capt Rizal tunjuk aku camne nk pegi semua bahagian kat Uban tu...mula2 mmg laa pening coz x penah pegi sendiri..tapi bile dh tgk ngan mata kepala sendiri...alhamdulillah..boleh laa paham... dekat2 sejam kat sane kitorang balik for Overhead PFL...best buat bende alah nie..coz ko glide mase 90 degrees abeam with tower...syok ...After land Capt Rizal ckp "U r clear for solo" hehhehe..seronok gile aku coz basically Capt Rizal yg bawak jln2 tadi...

At Holding Point Charlie, ready for line up :)

Aku nye solo petang..dlm pukul 1.30pm...berdebar campur seronok pun ade...Aku request ke Uban coz Bachok mase tu penuh...Alhamdulillah semua ok..but a little bit hazy and cloudy bile sampai kat Uban tu.. Seingat aku takde kapal lain kat Uban tu..so dekat pantasnye aku operate kat North of Bukit Panau..reason: senang nk exit..hahahhahahha

tu jelah cite aku mase solo training area...kesimpulannya ..best !