mangga add

Tuesday, July 31, 2012

Cessna terhempas, juruterbang Singapura maut

Beginilah keadaan pesawat ringan yang terhempas dan mengorbankan juruterbangnya di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi, Pontian Johor, semalam. - utusan/Nasirruddin Yazid

PONTIAN 29 Julai - Seorang juruterbang warga Singapura terbunuh apabila sebuah pesawat ringan yang dipandunya terhempas di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 1.30 petang itu menyebabkan mangsa, Samuel Ling Shi Min, 25, dari Kelab Penerbangan FRAS maut di tempat kejadian.

Utusan Malaysia difahamkan mangsa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI) Senai, Johor Bahru.

Pemangku Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Tan Moh Chuan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 2.10 petang daripada orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.

"Mayat mangsa telah dikeluarkan daripada pesawat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Pontian kira-kira dua jam kemudian dan kami kini menunggu laporan siasatan daripada Jabatan Penerbangan Awam mengenai punca nahas berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, seorang saksi, Mohd. Shafian Buang, 15, berkata, ketika kejadian dia sedang menyapu sampah di rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian apabila melihat pesawat tersebut berpusing di udara sebelum terjunam.

Menurut Mohd. Shafian, pesawat tersebut kemudian hilang daripada penglihatannya sebelum dia terdengar bunyi dentuman kuat dari arah ladang berkenaan.

"Saya terus bergegas ke ladang itu dan sebaik sampai di sana, saya lihat seorang lelaki tersepit di bawah pesawat berkenaan yang sudah remuk. Saya kemudian terus bergegas pulang ke rumah dan memaklumkan kepada bapa saudara saya yang merupakan seorang anggota polis," katanya.

AirAsia Accelerates Indonesian Expansion Plans

AirAsia and PT Fersindo Nusaperkasa acquire Batavia Air

Thursday, 26 July 2012 - Jakarta, Indonesia: AirAsia Berhad (“AAB”) today announced that it has through its fully owned subsidiary AirAsia Investment Ltd entered into a Conditional Share Sale Agreement ("CSSA") together with its partner PT Fersindo Nusaperkasa (“Fersindo”) to acquire PT Metro Batavia (“Metro Batavia”), which operates the Indonesian airline, Batavia Air, and Aero Flyer Institute (“AFI”), an aviation training school (together “Metro Batavia Group”). The agreement was signed today between AAB, Fersindo and Metro Batavia at a signing ceremony in Jakarta.

In accordance with Indonesian civil aviation ownership regulations, AAB will hold a 49% stake in Metro Batavia Group with the 51% majority held by its Indonesian partner, Fersindo. Fersindo is also the 51% majority shareholder of PT Indonesia AirAsia (“IAA”). The total purchasing consideration for Metro Batavia Group is USD80 million (equivalent to approximately RM253 million) and will be settled in cash. The acquisition of 100% interest in Metro Batavia by AAB and Fersindo will be carried out in two stages, through acquisition of a majority 76.95% stake and subsequently followed by the remaining 23.05% held by its existing shareholders. Correspondingly, the total purchasing consideration for 100% interest in AFI is USD1 million (approximately RM3.2 million). The acquisition is expected to complete by 2nd quarter 2013 and is subject to regulatory approvals in Indonesia.

This new acquisition will complement AirAsia’s existing Indonesian operations, IAA , which has successfully captured strong market share in Indonesia’s international airline traffic, with an extensive and well-established domestic route network throughout the Indonesian archipelago. The Batavia Air acquisition provides greater domestic connectivity and an extensive feeder network into IAA’s existing hubs in Jakarta, Bandung, Denpasar, Medan and Surabaya. Upon the successful acquisition, Batavia Air and IAA will fly more than 14 million customers serving 42 Indonesian and 12 international destinations. The addition of Batavia Air will provide AirAsia immediate access to an enlarged fleet of aircraft, experienced pilots and flight crew and increasingly competitive slots at major Indonesian airports at a time when Indonesia’s travel sector is experiencing double-digit growth on the back of rapidly growing consumer demand for air travel.

Following the acquisition the number of distribution channels in Indonesia will increase ten-fold to over 5000 authorised agents and more than 70 sales outlets. With this enlarged agency footprint AirAsia will be able to reach even more customers while complementing our internet based sales.

“The Batavia Air acquisition is a fantastic opportunity for AirAsia to accelerate our growth plans in one of the most exciting aviation markets in Asia and further underlines our belief in the growth potential of Indonesia’s aviation sector,” said Tan Sri Dr Tony Fernandes, Group CEO and Director of AAB.

Founded in 2002, Batavia Air has earned its reputation as a leading domestic airline with a strong safety track record throughout its operating history. Operating a fleet of 33 aircraft, Batavia has consistently held significant domestic market share through serving 41 domestic routes and has recently expanded its route network to international destinations such as Singapore, Jeddah, Riyadh, Kuching, Dili and Guangzhou. A certified flight school, simulator training centre and aircraft maintenance facilities also support Batavia Air’s operations.

“I am proud to have built Batavia Air into a leading Indonesian airline from its humble beginnings. Recent developments in the airline industry have made me recognise that Batavia Air requires greater scale in order to compete and grow further, and I am so pleased that AirAsia will now take Batavia Air to even greater heights,” said Bapak Yudiawan Tansari, Batavia Air’s founder.

“We are impressed with Batavia Air’s achievements over the past 10 years and will continue to build on Bapak Yudiawan’s legacy. We are excited with the potential synergies this acquisition will bring to AirAsia Group and see this as a natural extension of the success we have achieved with IAA . Indonesian air travelers can all look forward to even more affordable fares soon,” remarked Tan’ Sri Dr Tony Fernandes.

Saturday, July 28, 2012

AirAsia berharap MAHB tidak naikkan caj terminal KLIA2

KUALA LUMPUR 26 Julai - Satu komitmen jitu yang termeterai secara 'hitam putih' mengenai caj lapangan terbang yang tetap di terminal penerbangan kos rendah kedua (KLIA2) diperlukan bagi menyejukkan ketegangan yang berlaku antara Ketua AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kata Tan Sri Rafidah Aziz.
Pengerusi AirAsia X, anak syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia itu berkata, syarikat penerbangan itu mahu mendapatkan dua komitmen jitu dari MAHB, iaitu yang pertama, bilakah lapangan terbang itu akan siap beroperasi dan yang kedua, caj lapangan terbang tidak akan dinaikkan sebaik terminal baru itu siap kelak.
"Sememangnya kami tahu bahawa mereka (MAHB) kini memerlukan sedikit tempoh lanjutan. Kami sudah mengambil kira perkara itu tetapi sebelum itu (AirAsia berpindah ke KLIA2), kami mahu mendapatkan sedikit komitmen.
"Jika ada kenaikan caj lapangan terbang, ia tidak adil kepada syarikat-syarikat penerbangan, terutama sekali AirAsia dan AirAsia X, kerana kami akan juga perlu menaikkan caj.
"Kami adalah syarikat penerbangan berkos rendah dan kami tidak dapat menanggung caj tambahan," kata Rafidah, sambil menyatakan bahawa kedua-dua syarikat penerbangan itu telah menggantung laluan ke beberapa destinasi disebabkan caj lapangan terbang yang tinggi.
Ketika ditanya sama ada AirAsia Bhd. meminta dilaksanakan perjanjian pada peringkat perkhidmatan (SLE), bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata: "Asalkan ada sesuatu dalam hitam putih untuk menyatakan caj berkenaan tidak akan dinaikkan, ia baik bagi kami.
"Kami mahu menjadikannya (perjanjian) lebih kukuh, kami boleh menjalin perjanjian perundangan. Tetapi, ia bukan masalah semasa. Pada saya, satu perjanjian perundangan adalah satu masalah yang paling kecil," katanya kepada Bernama.
LCCT yang berharga antara RM3.6 bilion dan RM3.9 bilion, dijadualkan beroperasi pada April 2013, selepas berlaku beberapa kelewatan.
KLIA2, yang pada awalnya dijadual beroperasi tahun ini, akan menjadi LCCT terbesar apabila siap pada April tahun depan dan mampu mengendalikan 45 juta penumpang, iaitu tiga kali kapasiti berbanding LCCT semasa.
Kebanyakan perolehan lapangan terbang itu dijangka dijana dari jualan runcit dan dan KLIA2 akan mempunyai ruang komersial seluas 50,000 meter persegi.
Tony Fernandes yang sensitif pada harga telah menyuarakan secara terbuka mengenai kenaikan kos lapangan terbang baru itu kerana bimbang kos tambahan akan dikenakan kepada AirAsia, iaitu penyewa terbesar KLIA2.
Mengenai perkara itu, Rafidah berkata, komunikasi berkesan dua hala adalah penting di dalam perniagaan penerbangan dan di dalam kes ini, melibatkan pengendali lapangan terbang itu dan AirAsia

Perolehan Boeing AS$20b

KUALA LUMPUR 26 Julai - The Boeing Company melaporkan pendapatan bersih suku kedua meningkat kepada AS$1.0 bilion (RM3.2 bilion) atau AS$1.27 (RM4.06) sesaham dari perolehan AS$20.0 bilion (64 bilion) .

Pendapatan sesaham meningkat 2.0 peratus, yang mencerminkan prestasi teras yang kukuh pada keseluruhan perniagaan syarikat itu, yang mencatatkan jumlah lebih tinggi perbelanjaan pencen, kata pengeluar pesawat di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Chicago, semalam.

Garis panduan pendapatan sesaham bagi 2012 meningkat kepada antara AS$4.40 (RM14.08) dan AS$4.60 (RM14.72) yang mencerminkan prestasi operasi terasnya yang kukuh.

Syarikat itu juga meningkatkan garis panduan perolehannya kepada antara AS$79.5 (RM254.4) dan AS$81.5 bilion (RM260.8) pada perolehan pertahanan, angkasa dan keselamatan dan mengesahkan semula tinjauan aliran tunai operasi 2012nya.

"Peningkatan perolehan dan prestasi operasi yang kukuh di keseluruhan perniagaan utama kami memacu secara signifikan dan meningkatkan keputusan separuh pertama 2012 Boeing," kata Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Jim McNerney.

Aliran tunai operasi sukuan Boeing sebelum sumbangan pencen ialah AS$1.7 bilion.

Perolehan suku kedua Boeing Commercial Airplanes meningkat 34 peratus kepada AS$11.8 bilion berikutan peningkatan jumlah serahan

Saham AirAsia naik selepas pembelian Batavia Air

KUALA LUMPUR 27 Julai - Saham AirAsia Bhd naik dua sen kepada RM3.75 setakat 3 petang ini selepas pengumuman syarikat penerbangan itu untuk membeli Batavia Air dari Indonesia dengan harga RM253 juta.

Harga bergerak di antara RM3.75 dan RM3.71 dengan 1.5 juta lot didagangkan.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) berkata pembelian itu akan membolehkan AirAsia mengembangkan kumpulan pesawat dan rangkaiannya serta mendapatkan perkongsian saham yang lebih besar.

"Batavia adalah syarikat penerbangan domestik ketiga terbesar di Indonesia dengan perkongsian pasaran sebanyak 14.2 peratus, melengkapkan perkongsian pasaran terbesar AirAsia Indonesia di Indonesia," katanya

Friday, July 27, 2012

AirAsia beli 76% kepentingan dalam Batavia Air

KUALA LUMPUR 26 Julai - AirAsia dan unit Indonesianya, AirAsia Indonesia, telah membeli Batavia Air, dalam satu langkah yang akan meningkatkan kehadiran dan jaringan syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu urus niaga tunai bernilai AS$80 juta atau RM253 juta.

Ketua AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata pembelian Batavia Air akan melengkapi jaringan antarabangsa AirAsia, yang semakin meluas.

"Ia sesuatu yang amat sesuai kerana Batavia kukuh di dalam negara dan kamu kukuh di peringkat antarabangsa. Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan buat saya." kata Fernandes dalam catatan terbaharunya di dalam laman sosial, Facebook.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu, AirAsia berkata anak syarikat milik penuhnya, AirAsia Investment Ltd, telah menandatangani perjanjian dengan rakan kongsinya PT Fersindo Nusaperkasa, untuk membeli PT Metro Batavia, yang menggendalikan Batavia Air dan Aero Flyer Institute (AFI), sebuah sekolah latihan penerbangan.

Perjanjian tiga pihak itu telah ditandatangani di Jakarta hari ini antara AAB, Fersindo dan Metro Batavia

Tuesday, July 24, 2012

Ganti pesawat, MAS lebih kompetitif

PESAWAT Airbus, A380 baru milik Malaysian Airline System Bhd. (MAS) melintasi pesawat Boeing, B747-400 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. MAS akan menghentikan perkhidmatan B747-400 pada tahun depan. - BERNAMA

SUBANG 22 Julai - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) akan memberi penekanan terhadap aktiviti penggantian angkatan pesawat (refleeting) pada masa depan bagi memastikan ia terus mampu bersaing dengan menggunakan pesawat yang moden dan efisien.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Nor Yusof (gambar) berkata, adalah penting kepada syarikat mempunyai akses kepada penggantian pesawat kerana sesuatu perniagaan tidak hanya tertumpu semata-mata mendapatkan keuntungan tetapi juga kemampuan untuk berkembang.

''Dahulu kita tidak mampu melakukannya kerana kita tidak mempunyai modal yang mencukupi. Oleh itu adalah penting untuk kita menjana modal dengan menubuhkan syarikat khas (SPV) bagi pembelian pesawat, melakukan terbitan sukuk dan mencari dana tambahan sekiranya ia diselarikan MAS mampu berjaya," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut Mohd. Nor, pesawat-pesawat MAS kini berusia lebih 15 tahun merupakan salah satu faktor syarikat penerbangan kebangsaan itu sukar bersaing berikutan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi serta penggunaan bahan api yang tidak efisien.

Bagaimanapun, tambah beliau, pengurusan baru MAS komited untuk membeli lebih daripada 60 buah pesawat baru bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

''Kita meneruskan hasrat ini walaupun kita (MAS) tidak mempunyai keupayaan (kewangan) ketika ini. Ia merupakan sesuatu yang baik yang telah mereka lakukan. KIta perlu bermula dari bawah

''Malah kita bernasib baik kerana telah membuat pesanan lebih awal dan kini pengurusan bersemangat untuk meneruskan misi terutama dengan kehadiran pesawat Airbus, A380 yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam menjual semula jenama MAS," jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Nor menjelaskan pengurusan MAS diberi kuasa penuh untuk menentukan hala tuju syarikat penerbangan itu.

Katanya, apa yang penting bagi MAS adalah mengukuhkan kedudukan dan membina semula kedudukan kewangan yang merupakan cabaran paling utama syarikat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberi peluang dan ruang kepada MAS bagi membolehkannya menjalankan pelan perniagaan sebelum mereka menghakimi syarikat kerana sesuatu usaha yang dilakukan memerlukan sedikit masa untuk melihat hasilnya.

''Bagi MAS sendiri setiap tiga bulan kita akan memantau perkembangan supaya kesemua operasi kami berjalan lancar termasuk penerbangan dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan," katanya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini kerjasama dengan AirAsia Bhd. (AirAsia), Mohd. Nor berkata, ia perlu bersandarkan kepada nilai komersial dan mendapat persetujuan dan mendapat manfaat secara bersama.

''Bagi MAS, kerjasama itu perlu tetapi ia bukan merupakan sesuatu yang penting atau kritikal pada masa ini," katanya.

Pindah rakyat dari Syria guna pesawat komersial

KUALA LUMPUR 23 Julai - Prosedur Standard Operasi (SOP) seperti yang dilaksanakan sewaktu Operasi Piramid (Ops Piramid) akan diguna pakai bagi memindah dan membawa keluar rakyat Malaysia dari Syria.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, ada beberapa perubahan yang dilakukan terutama dalam penggunaan pesawat untuk memindah serta membawa keluar rakyat Malaysia dari negara bergolak itu.

Katanya, operasi kali ini akan menggunakan pesawat komersial berbanding pesawat Charlie milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana lebih efektif dan kos rendah

Sunday, July 22, 2012

Selamat berpuasa!

Salam Ramadhan kepada kawan2 semua..
Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf jika ada salah dan silap...semoga kite manfaatkan ramadhan yg dtg pada tahun ini...Amin...

Wednesday, July 18, 2012

Pesawat Garuda tergelincir ketika mendarat di Pekanbaru

JAKARTA 18 Julai - Sebuah pesawat Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan Garuda Indonesia tergelincir di hujung landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, Riau, petang semalam.

Pegawai lapangan terbang berkenaan, Ibnu Hasan mengesahkan kejadian itu namun pihaknya belum mendapat maklumat mengenai jumlah penumpang dan keadaan terkini.

Kejadian pada pukul 3.52 petang waktu tempatan yang membabitkan pesawat dari Jakarta itu telah mengakibatkan beberapa penerbangan lain di lapangan terbang tersebut tergendala.

MAS, AirAsia menang anugerah utama SKYTRAX

FARNBOROUGH: Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia menerima penghargaan tertinggi Anugerah SKYTRAX World Airline yang diumumkan pada Pameran Udara Antarabangsa Farnborough.
Anak kapal kabin MAS memenangi anugerah Krew Kabin Terbaik Dunia dan hidangan sate memenangi anugerah Hidangan Penerbangan Terbaik.Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengungguli anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia menerusi anugerah kepuasan pelanggan.
MAS juga mengungguli status 5 bintang pada Anugerah SKYTRAX World, menyertai kumpulan penerbangan elit sebagai perakuan ke atas kualiti produk dan perkhidmatan tinggi yang berterusan.
Lebih membangga, MAS dipilih sebagai antara 10 syarikat penerbangan terbaik dunia 2012.
Ketua Pegawai Eksekutif SKYTRAX, Edward Plaisted, berkata perakuan itu "berasaskan kepada perubahan besar yang berlaku dalam MAS."
"Kami mengkaji keseluruhan produk dan perkhidmatan dan mula melihat momentum teratur MAS ke arah menawarkan tahap perkhidmatan tinggi. Semua usaha itu memberikan kami jaminan bahawa mereka sudah kembali ke tahap sepatutnya," katanya.
Plaisted juga berkata, kejayaan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi tahun keempat berturut-turut, juga mengagumkan.
"Ia adalah penghormatan kepada kami untuk menerima ranking 5 bintang dan ditambah dengan perakuan oleh penumpang sebagai krew kabin terbaik dalam perkhidmatan dan hospitaliti dalam Malaysia Airlines.
"Yang pasti ini bukanlah yang terakhir untuk kami. Menerusi barisan pesawat baharu dan penambahbaikan yang kami lakukan untuk keseluruhan perkhidmatan, kami berharap dapat menang lebih banyak anugerah tahun depan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, semasa ditanya mengenai kejayaan syarikat penerbangan itu memenangi anugerah untuk tahun keempat berturut-turut, berkata kejayaan itu adalah hasil disiplin yang baik petugasnya.
Bagi MAS, anugerah syarikat penerangan elit itu adalah kemuncak bulan yang menarik selepas menerbangkan pesawat terbesar dunia dan mesra alam, menerusi pelancaran penerbangan tanpa henti pertama A380 antara Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang dan Lapangan Antarabangsa Heathrow London pada 2 Julai.
Prestasi AirAsia juga baik. Minggu lalu, majalah industri penerbangan berpengaruh, "Aviation Week", meletakkan syarikat penerbangan tambang rendah itu sebagai syarikat penerbangan berprestasi terbaik 2012, mengetepikan syarikat penerbangan terkemuka, Singapore Airlines dan Ryanair, syarikat penerbangan terbesar Eropah.
Anugerah Syarikat Penerbangan dunia itu ialah petunjuk aras global kecemerlangan syarikat penerbangan dengan lebih 18 juta pengguna dari lebih 160 negara dan 100 warganegara berlainan mengambil bahagian setiap tahun dalam kajian kepuasan penumpang bebas terbesar di dunia itu. - BERNAMA

Sunday, July 15, 2012

Bekal juadah penumpang

Cetak
Pramugari AirAsia menunjukkan antara perisa minuman Chatime pada majlis pengenalan Bubble Tea di Kuala Lumpur, semalam.
Pramugari AirAsia menunjukkan antara perisa minuman Chatime pada majlis pengenalan Bubble Tea di Kuala Lumpur, semalam.
AirAsia tawar syarikat F&B promosi makanan dalam pesawat
AirAsia Bhd membuka peluang kepada syarikat makanan dan minuman (F&B) tempatan untuk menjadi pembekal makanan kepada penumpang penerbangannya. Ketua Serantau, Katering, dan Perniagaan Dalam Penerbangannya, Shireen Chia, berkata ia sejajar usaha kumpulan menyokong pertumbuhan industri F&B tempatan dengan menyediakan platform berkesan bagi mempromosikan jenama masing-masing kepada penumpang AirAsia.
Namun begitu, jelasnya, setiap pembekal perlu bersedia mematuhi pelbagai peraturan penyediaan makanan yang ketat berpandukan penilaian piawaian antarabangsa khususnya yang ditetapkan di bawah proses HACCP dan jabatan penguatkuasaan.
“Kami amat mengalu-alukan sesiapa saja yang komited untuk bekerjasama dengan AirAsia, namun begitu ia perlu menepati konsep permintaan dan pembekalan iaitu mereka perlu menjual produk yang benar-benar mempunyai permintaan.
“Peluang ini terbuka tetapi ia amat bergantung kepada komitmen mereka kepada kami. Sebelum ini ada di antara mereka yang hanya separuh jalan selepas tidak tahan dengan piawaiannya yang ketat,” katanya kepada media selepas pelancaran menu baru AirAsia minuman teh jenama Chatime di Kuala Lumpur, semalam.
Pelancaran itu adalah hasil kerjasama AirAsia dan Chatime sebuah syarikat francais minuman berasaskan teh yang berpusat di Taiwan.
Mengulas lanjut, Chia berkata, syarikat F&B terbabit hanya perlu menghantar profil syarikat dan cadangan produk yang ingin ditawarkannya sebelum dihubungi untuk penilaian lanjut oleh Bahagian Pembangunan Produk AirAsia.
Kini AirAsia menawarkan kira-kira 20 pilihan makanan dalam penerbangan dihasilkan oleh pembekal tempatan.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya sedang berbincang dengan tiga hingga empat syarikat francais F&B tempatan dan asing untuk kerjasama dalam pembekalan makanan.
Katanya, ia selaras dengan hasrat syarikat untuk meningkatkan sumbangan pendapatan segmen F&B antara enam hingga tujuh peratus kepada keseluruhan pendapatan AirAsia dalam tempoh setahun berbanding lima peratus kini.

MAS, AirAsia menang anugerah utama SKYTRAX

FARNBOROUGH: Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia menerima penghargaan tertinggi Anugerah SKYTRAX World Airline yang diumumkan pada Pameran Udara Antarabangsa Farnborough.
Anak kapal kabin MAS memenangi anugerah Krew Kabin Terbaik Dunia dan hidangan sate memenangi anugerah Hidangan Penerbangan Terbaik.
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengungguli anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia menerusi anugerah kepuasan pelanggan.
MAS juga mengungguli status 5 bintang pada Anugerah SKYTRAX World, menyertai kumpulan penerbangan elit sebagai perakuan ke atas kualiti produk dan perkhidmatan tinggi yang berterusan.
Lebih membangga, MAS dipilih sebagai antara 10 syarikat penerbangan terbaik dunia 2012.
Ketua Pegawai Eksekutif SKYTRAX, Edward Plaisted, berkata perakuan itu "berasaskan kepada perubahan besar yang berlaku dalam MAS."
"Kami mengkaji keseluruhan produk dan perkhidmatan dan mula melihat momentum teratur MAS ke arah menawarkan tahap perkhidmatan tinggi. Semua usaha itu memberikan kami jaminan bahawa mereka sudah kembali ke tahap sepatutnya," katanya.
Plaisted juga berkata, kejayaan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi tahun keempat berturut-turut, juga mengagumkan.
"Ia adalah penghormatan kepada kami untuk menerima ranking 5 bintang dan ditambah dengan perakuan oleh penumpang sebagai krew kabin terbaik dalam perkhidmatan dan hospitaliti dalam Malaysia Airlines.
"Yang pasti ini bukanlah yang terakhir untuk kami. Menerusi barisan pesawat baharu dan penambahbaikan yang kami lakukan untuk keseluruhan perkhidmatan, kami berharap dapat menang lebih banyak anugerah tahun depan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, semasa ditanya mengenai kejayaan syarikat penerbangan itu memenangi anugerah untuk tahun keempat berturut-turut, berkata kejayaan itu adalah hasil disiplin yang baik petugasnya.
Bagi MAS, anugerah syarikat penerangan elit itu adalah kemuncak bulan yang menarik selepas menerbangkan pesawat terbesar dunia dan mesra alam, menerusi pelancaran penerbangan tanpa henti pertama A380 antara Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang dan Lapangan Antarabangsa Heathrow London pada 2 Julai.
Prestasi AirAsia juga baik. Minggu lalu, majalah industri penerbangan berpengaruh, "Aviation Week", meletakkan syarikat penerbangan tambang rendah itu sebagai syarikat penerbangan berprestasi terbaik 2012, mengetepikan syarikat penerbangan terkemuka, Singapore Airlines dan Ryanair, syarikat penerbangan terbesar Eropah.
Anugerah Syarikat Penerbangan dunia itu ialah petunjuk aras global kecemerlangan syarikat penerbangan dengan lebih 18 juta pengguna dari lebih 160 negara dan 100 warganegara berlainan mengambil bahagian setiap tahun dalam kajian kepuasan penumpang bebas terbesar di dunia itu. - BERNAMA

Monday, July 9, 2012

MASkargo mula terbang ke Colombo

COLOMBO 6 Julai - MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) mencipta sejarah apabila melancarkan penerbangan pengangkutan A330-200 pertama ke Colombo, Sri Lanka bagi membantu pembangunan ekonomi negara.

MASkargo merupakan divisyen kargo bagi Malaysian Airline System Bhd. (MAS).

Pesawat pengangkut A330-200 yang baru dimiliki itu dijadual terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike dari Kuala Lumpur setiap Jumaat dan balik pada hari yang sama.

Laluan penerbangan mingguan ini adalah dari Kuala Lumpur (KUL) - Chennai (MAA) - Colombo (CMB) - Kuala Lumpur (KUL).

Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan & Perkhidmatan Penerbangan Pengangkutnya, Jamaludin Ismail berkata, dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Sri Lanka yang menggalakkan sebanyak 7.9 peratus pada suku pertama tahun ini, ia menunjukkan potensi besar untuk MASkargo berkembang di pasaran ini.

''Kerjasama dengan Hemas Air Services sebagai rakan niaga, MASkargo yakin kehadirannya dapat dirasai di negara itu," katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

MASkargo baru-baru ini menerima penghantaran pesawat pengangkut A330-200 keempat dan terakhir yang dapat memberi manfaat kepada dua pesawat pengangkut 747-400F sedia ada.

Kombinasi kedua-dua jenis pesawat ini akan membolehkan MASkargo untuk mengembangkan rangkaian mereka dengan menguruskan kapasiti permintaan dengan lebih baik.

Pesawat pengangkut bersaiz sederhana A330-200F merupakan pesawat dunia termoden dengan enjin Pratt Whitney PW4170 dipertingkat.

MAHB sukar layan permintaan

KUALA LUMPUR 8 Julai - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) didakwa terus membuat pelbagai permintaan 'luar biasa' di terminal penerbangan tambang murah baru, KLIA2.

Sumber berkata, AirAsia yang sering mengkritik pembinaan projek itu telah meminta Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk membuat laluan taxi selari di sebelah laluan kedua untuk memudahkan operasi syarikat itu.

Katanya, permintaan itu sukar dilayan kerana ia membabitkan projek fasa kedua KLIA2 untuk tempoh 10 tahun akan datang.

"Kemudahan laluan yang ada sekarang sudah cukup untuk menampung 45 juta penumpang di KLIA2," katanya.

Malah, secara sinis, sumber itu berkata, laluan taxi selari itu tidak semestinya perlu dibina memandangkan sehingga hari ini AirAsia masih belum mengesahkan akan berpindah ke KLIA2.

Sunday, July 8, 2012

MAS sasar transaksi MH Mobile lebih 500 peratus

Al-Ishsal Ishak (dua, kiri) bersama Rahul Shingal (dua, kanan) pada majlis pelancaran pengumuman kerjasama antara MAS dengan PayPal di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 5 Julai - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) menyasarkan pertumbuhan jumlah transaksi pelanggan menggunakan aplikasi MH Mobile melebihi 500 peratus tahun ini berbanding tahun lalu.
Naib Presiden Eksekutif, Pemasaran dan Promosinya, Al-Ishsal Ishak berkata, pertumbuhan besar berkenaan dijangka disumbangkan oleh sistem pembayaran baru menerusi kerjasama dengan PayPal.
"Tahun lalu, MH Mobile telah mencatatkan pertumbuhan 500 peratus dan kami yakin akan mengatasi pertumbuhan tersebut dengan memperkenalkan laman sesawang baru dan kerjasama dengan PayPal.
"Daripada sasaran pertumbuhan MH Mobile tersebut, separuh atau majoritinya adalah pelanggan yang menggunakan sistem pembayaran PayPal," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman kerjasama antara MAS dengan PayPal dan pelancaran sistem pembayaran mudah alih terbaru.
Turut hadir Pengarah Rantau, Bahagian Mudah Alih, PayPal Asia Pasifik, Rahul Shingal.
Al-Ishsal berkata, MAS juga telah menetapkan sasaran bahagian perniagaan digital akan menyumbang antara 20 hingga 30 peratus kepada perolehan Kumpulan tahun ini, meningkat sebanyak 100 peratus.
"Setakat Jun ini, kami telah mencapai separuh daripada sasaran tersebut dan kami berada di landasan yang betul," jelasnya.
Beliau berkata, MAS juga akan melancarkan laman sesawang baru malaysinaairline.com dalam tempoh dua bulan lagi memberi lebih banyak kemudahan kepada pelanggan.
"Lebih banyak sistem pembayaran baru dan penggunaan tujuh jenis mata wang utama dunia untuk sebarang transaksi penerbangan dengan MAS," katanya lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai aplikasi pembayaran baru PayPal menerusi MH Mobile, Rahul berkata, pelanggan mampu menjimatkan masa pembelian tiket daripada enam minit ketika ini kepada kurang daripada dua minit.
"Aplikasi ini jauh lebih pantas dengan hanya dua klik transaksi akan berjaya. Sistem PayPal ini lebih mudah dikendalikan berbanding pembayaran menggunakan kad kredit," ujarnya.

Saturday, July 7, 2012

AirAsia Claims Top Spot In Annual Airline Rankings

July 02, 2012

AirAsia achieved the highest score in Aviation Week’s latest Top-Performing Airlines (TPA) study, underlining the dominance of smaller and niche carriers in this year’s rankings.

Of the top 10 carriers overall, only one – Singapore Airlines in ninth position – comes from the category of airlines with annual revenues greater than $6 billion. Three are from the mid-size tier with revenues between $2 billion and $6 billion, and six have revenues of less than $2 billion. In every region, the smaller airlines are upstaging the giants.

Scores were generally down in this year’s study, with only 15 of the 71 ranked airlines achieving a year-on-year improvement. This was particularly evident in the large airline category, where just one of the 21 carriers – All Nippon Airways – registered a score increase.

Financial and operational data were analyzed to rate airlines in five different performance categories, from which the total score was derived. Wherever possible, data from the latest full fiscal year were used. Only publicly-traded airlines are included in the TPA study, which rules out the large Gulf carriers.

A common scoring system allows airlines to be categorized by size or region. Singapore Airlines (SIA), with 70 points, was the top-scorer in the large category for the seventh time in eight years. Ryanair was the leading airline in the mid-size tier with 78 points, and AirAsia was the best in the small segment as well as the top-scorer overall with 81.

The Asia-Pacific region saw the greatest contrast in fortunes between the majors and the smaller carriers. While it was the strongest large airline, SIA’s score plummeted by 23.8 points compared to the previous year’s study. Cathay Pacific has also traditionally been one of the best performers, but it declined by 20.4 points and fell to seventh in the large segment.

Remarkably, Malaysia accounted for both the overall top-scoring carrier, AirAsia, and the lowest-scoring, Malaysia Airlines. Garuda Indonesia was the biggest improver amongst all airlines, as its expansion plan gathers momentum.

Copa was the highest-ranked of the Latin American airlines by a wide margin. In Europe, Ryanair was first, 18 points above the best of the major carriers, Lufthansa.

The dominance of the smaller carriers was again evident in North America. Allegiant was highest-rated in the region, followed by WestJet, Alaska Airlines, and Spirit Airlines. Southwest was sixth in North America, and United was the best of the U.S. legacies at ninth.

Thursday, July 5, 2012

AirAsia tops Aviation Week’s Top Performing Airlines Report

The low cost carrier received TPA’s highest score and emerges as overall top scorer

SEPANG, 5 JULY 2012 – At AirAsia, we have won many international accolades. In fact, we've made a habit of it -- as highlighted most emphatically by winning the "World's Best Low Cost Carrier" award for Skytrax three years in a row.

But even we were somewhat taken aback at our latest success. Aviation Week, the highly influential aviation industry magazine in the United States, announced AirAsia as the winner in the magazine's Top-Performing Airlines 2012 report, the leading annual rankings and competitive analysis for the global airline industry. Yes, the global airline industry!

We emerged top, beating out other longer-established and once-renowned airlines such as Singapore Airlines and Ryanair, Europe's largest low cost carrier. AirAsia was also ranked highest in the US $250 million-$2 billion annual revenue category.

Why is this award so special? Because it is not the usual awards handed out for service or customer satisfaction. This award is based on a statistical analysis of an airline's financial and operational performance. The Top Performing Airlines study measured the data and rated airlines in five different performance categories, from which the total score was derived. Wherever, possible, data from the latest dull fiscal year were used. AirAsia emerged top overall with 81 points, Ryanair received 78 and Singapore Airlines came in at 70 points.

AirAsia Group CEO Tan Sri Dr Tony Fernandes was thrilled at the award. "This is just amazing. To beat out airlines such as Singapore Airlines and Ryanair and all the other global industry players is almost beyond words. Who would have thought 10 years ago that in just over a decade, AirAsia would reach such celestial heights," he said.

Tan Sri Tony added: "This award is recognition of the efforts of all our AirAsia AllStars over the years to get us to this special place. To be rated the Number One airline in categories that included financial and operational sectors is a clear endorsement of our stewardship of the company and a vindication of the faith that our stakeholders have in AirAsia.

"The award is also a triumph for Malaysia and Asean. AirAsia is firmly placing Malaysia on the global aviation map. Yes, we have world beaters in our country -- and not just in squash and badminton! AirAsia is demonstrating to the world what Malaysia can achieve as long as we put our minds to it and strive together. And we are doing it despite the odds and the obstacles placed in our way. Imagine what the country can achieve if all the players in the aviation industry commit themselves to a genuine partnership in helping Malaysia's aviation sector -- and working for the benefit of Malaysian consumers."

Tuesday, July 3, 2012

MAS rancang guna Airbus A380 ke Tokyo

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) merancang untuk menggunakan pesawat superjumbo Airbus A380 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo dan Beijing selepas penerbangan sulung pesawat A380 itu ke London.

"Destinasi kedua syarikat penerbangan berkenaan bagi pesawat A380 adalah Sydney, Australia, menjelang akhir November," demikian menurut MAS dalam satu kenyataan hari ini. Syarikat penerbangan itu menempah enam pesawat A380, empat daripadanya akan diserahkan pada akhir 2012 manakala baki pada 2013.
MAS mencatatkan satu lagi sejarah Malaysia dengan pelancaran perkhidmatan berjadual pesawat Airbus A380 antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang London Heathrow.

Penerbangan itu berlepas ke London betul-betul 38 tahun selepas operasi penerbangan sulungnya antara kedua-dua bandar berkenaan pada 1 Julai, 1974.

Syarikat penerbangan nasional itu juga menjadi yang pertama dalam beberapa perkara dalam operasi A380, termasuk antara syarikat penerbangan yang mempunyai tempat duduk kelas pertama terlebar dalam kalangan pengendali pesawat ini.

"Ia adalah satu kebanggaan bagi seluruh negara dan kami di Malaysia Airlines gembira untuk menjadi sebahagian daripada saat bersejarah ini, yang meletakkan Malaysia dalam liga pengendali A380.
"Kemajuan sedemikian adalah sumbangan kami dalam usaha oleh semua untuk memacu Malaysia ke arah status negara maju menjelang 2020. Ini juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kapasiti bagi ketibaan pelancong yang lebih tinggi ke negara," Ketua Eksekutif MAS Group, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan hari ini.

"Di peringkat korporat, pengenalan pesawat A380 ke dalam perkhidmatan kami akan menyaksikan kesinambungan kempen jenama yang baharu, bermula Mac 2012.

"Objektifnya adalah untuk meletakkan syarikat sebagai syarikat penerbangan premium pilihan, supaya pasaran memilih kami berbanding syarikat penerbangan lain apabila kami melancarkan produk kami yang diberi nafas baru secara beransur-ansur, yang bukan sahaja melibatkan dalam penerbangan tetapi juga aspek lain termasuk lounge lapangan terbang dan peringkat lain perjalanan penumpang dengan kami," katanya

Penerbangan sulung MAS A380 mendarat di Heathrow

HEATHROW: Pesawat komersial terbesar A380 pertama Malaysia Airlines (MAS), yang berlepas dari Kuala Lumpur malam tadi bagi penerbangan sulung ke London, mendarat di Lapangan Terbang Heathrow pada jam 5.20 pagi waktu tempatan, selepas lebih 12 jam melalui perjalanan yang lancar.
Pesawat penumpang dua tingkat yang dipandu dan dikelolakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hampir tengah malam tadi, selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berada di sana bagi mengucapkan selamat berlepas, mengambil alih sistem siar raya kabin untuk mengucapkan 'selamat jalan' kepada 478 penumpang. Sepanjang perjalanan tersebut, pesawat A380 dipandu secara bergilir oleh Kapten Datuk Ahmad Zuraidi Dahalan, Kapten Norshid Ali, Kapten Kamarudin Kamilin dan dibantu oleh pembantu juruterbang Mohd Zefrie Mohd Jasbir Khan, yang bersama-sama mempunyai lebih 100 jam pengalaman memandu pesawat.
Apabila juruterbang mendaratkan pesawat di sini tanpa masalah dan sebarang bunyi, penumpang bertepuk tangan dengan kuat, tanda memberi pujian.
Selepas pesawat berkenaan mendarat, Ketua Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya yang turut menyertai perjalanan bersejarah berkenaan, menggunakan sistem PA kabin, mengucapkan terima kasih kepada tetamu penumpang A380.
Beliau berkata, penerbangan sulung A380 itu suatu kebetulan dengan tarikh yang sama semasa MAS memulakan perkhidmatan KL-London 38 tahun lalu iaitu pada 1 Julai, 1974.
Pesawat A380 berkenaan akan digunakan tiga kali seminggu untuk sektor KL-London sehingga MAS mendapat beberapa lagi pesawat menjelang akhir tahun ini apabila ia boleh memberi khidmat untuk sektor ini setiap hari.
MAS sudah menempah enam pesawat yang dirancang juga untuk perkhidmatan Australia dan China.
Pesawat sama yang tiba di sini hari ini akan berlepas lewat hari ini, juga memulakan penerbangan balik pertama dari London ke Kuala Lumpur dengan kapasiti hampir penuh.