mangga add

Tuesday, October 19, 2010

Pesawat F16 Thai terhempas

BANGKOK 19 Okt. - Sebuah pesawat pejuang F16 milik tentera udara Thailand terhempas ketika menjalani latihan di satu kawasan berbukit sebelah utara negara itu mengakibatkan juruterbangnya terkorban.

Jurucakap polis, Major Jeneral Chamlong Nomsien berkata, pesawat tersebut adalah sebuah daripada empat buah pesawat milik Tentera Udara diRaja Thailand yang mengambil bahagian dalam satu latihan semalam.

Beliau berkata, keempat-empat pesawat tersebut berlepas dari pusat udara Thailand sebelum salah satu daripadanya gagal dikesan oleh radar. - AP

Thursday, October 14, 2010

Qatar plane makes emergency landing at KLIA after pilot dies of heart attack

KUALA LUMPUR: A Qatar Airways aircraft enroute from Manila to Doha made an emergency landing at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Wednesday, after one of its pilots died of a heart attack mid-air.

A spokesman for the airways said the pilot, a 43-year-old Indian national, complained of chest pains and the co-pilot requested to land at KLIA around 11.30am.

"The plane, an A330 Airbus with about 250 passengers on board, landed here while a medical team was on standby.

"The pilot was pronounced dead and the airlines took immediate steps and changed the entire crew before the aircraft took off at 1.15pm," he said.

Sepang police chief Supt Zahedi Ayub, when contacted, said the pilot's body was taken to the Serdang Hospital for a post mortem and the results showed that he had died of heart failure.

8 terbunuh pesawat kargo terhempas

KABUL 13 Okt. - Kesemua lapan orang penumpang terbunuh dalam satu kejadian sebuah pesawat kargo terhempas di sebuah kawasan pergunungan di sebelah timur ibu kota Afghanistan hari ini.
Pesawat itu dikatakan berlepas dari Bagram, sebuah pangkalan terbesar pihak tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan yang terletak kira-kira 60 kilometer di sebelah utara Kabul. Menurut pengarah lapangan terbang Kabul, Mohammad Jakub Rasuli pada awalnya berkata, terdapat lapan orang penumpang yang berada dalam pesawat tersebut, enam warganegara Filipina manakala dua lagi penumpang adalah warganegara Kenya dan India. - DPA/AFP

Wednesday, October 13, 2010

Pesawat MAS ke Melbourne dilencong ke Adelaide

MELBOURNE 13 Okt. - Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia dari Kuala Lumpur yang sepatutnya mendarat di sini pagi ini telah dilencongkan ke Adelaide disebabkan oleh kabus dan awan rendah.

Jurucakap MAS berkata, semua penumpang akan diterbangkan semula ke sini dari Adelaide lewat hari ini.

Awan rendah dan tahap penglihatan yang berkurangan juga menyebabkan beberapa penerbangan lain dialih ke lapangan terbang lain termasuk di Adelaide dan Sydney, serta menyebabkan banyak penerbangan lewat berlepas. - Bernama

Sunday, October 10, 2010

Abis gak night flying....

Dalam sedar tak sedar...night flying aku dh abis..setakat nie mmg aku enjoy gile night flying..
Untuk sortie ngan instructor..semua aku buat dengan mahaguru..Capt Wan..mmg best dan sempoi gile...

Masa last night flying tu aku buat NF9... Haziq naik dulu dgn die..pastu aku..Mase tgh request startup ..tiba2 ujan lebat gile !

Takde angin n kilat tiba2 lebat mautnye! rase nie cam awan lalu kot...dlm 10 minit dh stop...Then aku teruskan sortie aku..Mlm tu gune Rwy 04 Right Hand Cct...

Banyak kene hold coz ade 3 schedule arrival/ departure... mase hold tu aku buat kat atas Masjid Kristal..cantik gile wooo..sori laaa gambar x bley nk amik coz dgn instructor tu....

Ape2 pun aku still miss night flying tu..byk video mase aku solo..nanti aku upload kat youtube ye!