mangga add

Saturday, August 30, 2014

MAS: Kami akan 'terus terbang'


Sebuah pesawat Boing 747 MAS di atas landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang - Agensi


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Malaysia Airlines (MAS) berikrar akan 'terus terbang', seiring dengan pembentangan 12 pelan pemulihan syarikat penerbangan negara itu oleh pemegang saham terbesarnya, Khazanah Nasional Berhad hari ini.

"Kami akan terus terbang. Dalam pada masa yang sama, MAS tiada mengalami gangguan perkhidmatan,'' kata syarikat itu dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut MAS lagi, pengumuman yang dibuat pada 8 Ogos lalu dan pelan hari ini tidak akan memberi impak kepada kadar tambang semasa yang ditawarkan kepada para pelanggan. Malah, tidak akan menjejaskan akaun-akaun korporat dan juga keahlian di dalam perikatan Oneworld.

Katanya, ahli-ahli Lembaga Pengarah MAS bersetuju dengan pelan penstrukturan oleh Khazanah bagi meningkatkan keuntungan dan persaingan syarikat penerbangan nasional itu.

Ahli-ahli lembaga pengarah turut menerima surat daripada Khazanah berkaitan perancangan pelaburan yang akan dijalankan di dalam syarikat penerbangan nasional itu yang akan dinyahsenarai dari pasaran utama Bursa Malaysia, penstrukturan semula dan terma-terma pembiayaan tertentu.
Menurut MAS, perubahan radikal itu sudah lama dirancang di dalam agenda ahli-ahli lembaga pengarahnya.

"Perancangan itu sudah ada di dalam agenda sebelum insiden kehilangan pesawat MH370. Pada mesyuarat agung tahunan MAS 25 Jun lalu, Pengerusi MAS, Tan Sri Md. Nor Yusof dan, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahaya sudah jelas mengenai langkah perubahan yang ingin dilakukan," kata MAS.

Tambah MAS, kepentingan untuk membuat perubahan adalah berpunca daripada prestasi kewangan syarikat yang teruk dan turut disumbang menerusi kerugian yang diterima daripada insiden pesawat MH17 ditembak jatuh.

Penerbitan pelan pemulihan diikuti permintaan rasmi Khazanah kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat bagi menjalankan pengurangan modal terpilih (SCR) yang dibuat pada 8 Ogos 2014.
SCR akan mendapat undian daripada pemegang-pemegang saham pada mesyuarat luar biasa yang akan diadakan pada masa yang sesuai.

Sejajar itu, pemimpin-pemimpin kanan MAS sudah bertemu dengan hampir 2,500 kakitangan di lokasi-lokasi yang berbeza merentasi peringkat Kumpulan bagi mendengar pandangan dan kebimbangan terhadap hasil pelan yang akan menjadikan MAS syarikat persendirian dan distruktur semula.
"Kami bersama-sama dengan perwakilan kesatuan pekerja sudah bertemu dengan Khazanah pagi ini. Kami akan meneruskan proses untuk berjumpa pelbagai pihak termasuk secara langsung dengan kakitangan dan perwakilan kesatuan pekerja," jelas MAS.

Poland tidak benarkan pesawat menteri Rusia lalui ruang udaranya


MOSCOW 30 Ogos - Poland enggan membenarkan pesawat yang membawa Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu melalui ruang udaranya ketika pesawat itu dalam perjalanan pulang dari lawatan ke Slovakia, lapor agensi berita, RIA semalam.

Pesawat menteri berkenaan kemudiannya terpaksa berpatah balik dan mendarat di Brastislava, Slovakia disebabkan tindakan Poland itu

MAS terus catat kerugian RM750 juta


KUALA LUMPUR 28 Ogos - Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian sebanyak RM750 juta atau 65 peratus lebih tinggi bagi tempoh enam bulan pertama berbanding tahun sebelumnya.

MAS berkata, kehilangan pesawat penerbangan MH370 pada Mac lalu terus memberi kesan kepada keputusan kewangan hingga menyebabkan suku kedua terus mencatatkan kerugian sebanyak RM307 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun 2014.

Katanya, bagi tempoh tiga bulan tersebut, hasil kumpulan susut lima peratus kepada RM3.59 bilion berbanding tahun lalu akibat Seat Factor berikutan tragedi tersebut.

Tambahnya, perolehan yang lebih rendah itu berikutan peningkatan sebanyak dua peratus pada kos, terutamanya disebabkan oleh kos bahan api bagi suku tersebut, menyebabkan kerugian bersih selepas cukai sebanyak RM307 juta setelah mengambil kira susut nilai (RM223 juta), kos kewangan (RM119 juta) dan keuntungan tukaran mata wang tidak direalisasikan (RM52 juta).

"Kami telah menjangkakan impak yang bakal diterima oleh kumpulan bagi suku kedua dan MAS telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan semula keyakinan dan meningkatkan semula jualan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kos bahan api bagi suku kedua 2014 meningkat sebanyak 10 peratus kepada RM1.53 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu berikutan peningkatan harga bahan mentah berkenaan dan mata wang ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat.

"Dalam usaha untuk mengurangkan kos bahan api dan meningkatkan produktiviti, MAS telah mempercepatkan penamatan pesawat Boeing 734 yang sepatutnya berakhir hujung 2014 kepada pertengahan bulan Jun," katanya.

Sehingga pertengahan Ogos, MAS memiliki sebanyak 127 pesawat dengan 88 pesawat dikendalikan olehnya, termasuk 54 pesawat B738, 15 pesawat A330 dan enam pesawat A380.

Sementara itu, Reuters melaporkan saham MAS akan digantung pada Jumaat susulan pengumuman penstrukturan semula syarikat tersebut.

Menurut sumber, Khazanah Nasional dijangka akan membuat pengumuman penting penstrukturan semula syarikat penerbangan itu pada sebelah petang.

"Melalui penstrukturan semula itu, kira-kira satu perempat daripada hampir 20,000 kakitangan syarikat penerbangan itu mungkin terjejas dan beberapa laluan antarabangsa turut dibatalkan sehingga urusan penstrukturan itu selesai," katanya.

Australia bina tugu peringatan mangsa mh17 di taman-taman


MELBOURNE 28 Ogos - Sebuah tugu peringatan bagi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 akan didirikan di taman-taman Parlimen Persekutuan di Canberra.

Perdana Menteri, Tony Abbott memberitahu Parlimen, ia dijangka siap untuk ulang tahun pertama tragedi itu, yang meragut nyawa 38 rakyat Australia.

Ia akan menjadi satu "peringatan bahawa kami tidak akan sekali-kali melupakan mereka," katanya.
Pemimpin pembangkang Bill Shorten berkata tugu peringatan itu adalah idea "yang sangat wajar".

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh semasa terbang di ruang udara negara yang bergolak.

Selain rakyat Australia, warga dari Belanda, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand adalah antara 298 penumpang dalam pesawat itu.

MH370 mungkin bergerak ke selatan 'lebih awal' daripada disangkakan


CANBERRA 28 Ogos - Australia hari ini menyatakan misi menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 akan memberi fokus kepada bahagian selatan kawasan zon pencarian sedia ada selepas maklumat baharu mencadangkan pesawat itu mungkin `bergerak ke arah selatan’ lebih awal daripada yang disangkakan.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, maklumat baharu itu didapati selepas penelitian lanjut ke atas data satelit dan ketika pasukan penyiasat cuba melakukan pemetaan ke atas lokasi MH370 selepas cubaan awal untuk menghubungi pesawat itu ketika ia masih berada di laluan penerbangannya.

"Kawasan pencarian masih sama namun beberapa maklumat baharu yang kami ada mencadangkan kawasan itu,'' katanya