mangga add

Tuesday, November 23, 2010

"The Social Network"

Pada masa kini, hampir kesemua di antara kita memiliki akaun Facebook. Adakah anda, ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula?

Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam

pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang

merevolusikan komunikasi.

Ia bermula pada malam musim gugur tahun 2003, Mark Zuckerberg salah seorang

mahasiswa di Universiti Harvard mendapat sebuah idea baru untuk mengumpulkan

semua kenalan di alam siber.

Tanpa disangka, dengan bermula hanya sekadar hobi akhirnya Facebook "meletup"

dan mendapat sambutan ramai, bukan sahaja dikalangan mahasiswa dan

mahasiswi di Universiti Harvard tetapi seluruh dunia menggemarinya.

Secara tidak langsung, ia telah melonjakkan nama Mark Zuckerberg dan

menjadikannya Jutawan Billionaire yang termuda. Akan tetapi, beliau dihantui

tindakan undang-undang kerana sifat hasad dengki rakan-rakannya.

Apakah kesudahannya?

Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW

GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER, JOSH PENCE,

dan ramai lagi.

Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires"

oleh Ben Mezrich.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 2 Disember 2010!

Juruterbang tentera udara UAE maut nahas pesawat

DUBAI 23 Nov. - Seorang juruterbang terbunuh apabila sebuah pesawat tentera udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) terhempas di Ras al-Khaimah, di utara negara ini, semalam.

Menurut kenyataan daripada tentera yang disiarkan oleh agensi berita WAM, juruterbang itu sedang dalam misi latihan ketika pesawat Hawk yang dipandunya terhempas.

Satu siasatan berhubung nahas itu telah dijalankan. - AFP

Tuesday, November 16, 2010

MAS dijangka peroleh RM80 juta

Hab Kota Kinabalu operasi tahun depan berpotensi jana pendapatan
PENERBANGAN Malaysia (MAS) menjangka meraih pendapatan tambahan antara RM60 juta hingga RM80 juta setahun daripada operasi di hab antarabangsanya di Kota Kinabalu.
Hab antarabangsa wilayah timur untuk syarikat penerbangan kebangsaan itu yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan itu akan dilengkapi enam pesawat baru Boeing 737-800 dengan kekuatan seramai 150 juruterbang dan 250 anak kapal kabin.
Langkah itu akan menjadikan Kota Kinabalu sebagai hab kepada perkhidmatan penerbangan terus ke Lapangan Terbang Haneda dan Osaka, Perth, Seoul, Taipei dan Kaohsiung serta Hong Kong, menjelang Jun tahun depan.
Pengerusi MAS, Tan Sri Dr Munir Majid, berkata pelancaran Kota Kinabalu sebagai hab wilayah timur mencerminkan komitmen MAS menjadikan Sabah sebagai pintu masuk yang ideal untuk penerbangan ke Australia, China, Hong Kong, Taiwan, Jepun dan Korea.
Beliau berkata, MAS bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Sabah untuk mengenal pasti beberapa destinasi utama seperti penerba-ngan ke Perth yang bakal dilancarkan Januari ini, menyeragamkan jadual perjalanan penumpang dan pada masa sama meningkatkan kesedaran umum terhadap daya tarikan yang terdapat di negeri itu.
“Kami sedang meraih pulangan daripada usaha ini apabila penerbangan sulung ke Haneda merekodkan muatan sebanyak 80 peratus manakala penerbangan ke Seoul mendapat sambutan baik walaupun menerima saingan daripada syarikat penerbangan lain sekali gus membuktikan MAS sebagai syarikat penerbangan pilihan.
“Dengan permulaan positif ini, kami yakin hab Kota Kinabalu berpotensi menjana pendapatan tambahan antara RM60 juta hingga RM80 juta setahun,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran hab antarabangsa MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.
Pelancarannya disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serentak dengan bermulanya penerbangan sulung menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang diterima MAS dua minggu lalu.
Penerbangan sulung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Kinabalu itu membawa 160 penumpang. Ia berlepas jam 9 pagi dan tiba di Kota Kinabalu jam 11.45 pagi.
Penerbangan itu disertai Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri; Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MAS, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.
MAS menempah 55 pesawat Boeing 737-800 dengan tiga daripadanya dijadualkan tiba sebelum akhir tahun ini. Enam daripada pesawat pertama yang tiba itu akan digunakan bagi operasi di Kota Kinabalu.
Sementara itu, Tengku Azmil berkata sasaran tambahan pendapatan daripada hab Kota Kinabalu itu mampu dicapai berikutan pertumbuhan kukuh kedatangan pelancong ke Sabah.
“Kami yakin mampu meraih lebih banyak daripada itu,” katanya.

Sunday, November 7, 2010

Pesawat terhempas 68 maut

Gambar yang dikeluarkan oleh akhbar Escambray merakamkan orang ramai memerhatikan pesawat Aerocaribbean terbakar selepas terhempas di wilayah Sancti Spiritu, Cuba, kelmarin. - AFP

HAVANA 5 Nov. - Semua 68 penumpang, 28 daripada mereka rakyat asing terbunuh apabila sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Aero Caribbean terhempas di kawasan pergunungan di tengah Cuba hari ini.

Televisyen Cuba melaporkan, pesawat 883 itu meninggalkan Santiago de Cuba di timur Cuba menuju Havana, sebelum terhempas pada kira-kira pukul 5.42 petang (6.42 pagi ini waktu Malaysia) berhampiran bandar Guasimal di wilayah Sancti Spiritus.

Pesawat enjin kembar turbo ATR-72-212 itu, dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan selepas membuat satu panggilan kecemasan.

Lembaga Penerbangan Sivil Cuba, awal hari ini mengeluarkan satu kenyataan menyatakan semua penumpang maut dalam nahas itu.

Menurut media, pesawat itu membawa 68 penumpang termasuk tujuh anak kapal dan 28 rakyat asing termasuk sembilan dari Argentina, Mexico (7), Belanda (3), masing-masing dua dari Jerman serta Austria dan masing-masing satu dari Perancis, Itali, Sepanyol, Venezuela dan Jepun.

Sumber di Sancti Spiritus berkata, tujuh mayat telah dikeluarkan daripada bangkai pesawat, yang disifatkan saksi sebagai 'kepulan api di tengah-tengah gunung'.

Sementara itu, sebuah pesawat yang dinaiki 21 kakitangan syarikat minyak Itali, terhempas beberapa minit sejurus berlepas di Karachi, mengakibatkan semua penumpangnya maut.

Punca nahas masih belum dapat dipastikan, namun syarikat yang menyewakan pesawat tersebut, JS Air menyatakan bahawa pesawat mengalami masalah enjin sebelum terhempas berhampiran kawasan perumahan serta kem tentera di Gulistan-e-Jauhar.

Seorang pegawai syarikat di Karachi memberitahu AFP, pesawat yang menuju ke lapangan minyak Bhit Shah di wilayah Sindh itu, disewa syarikat multinasional minyak Itali, ENI.

Pegawai bertanggungjawab, Leftenan Kolonel Noor Alam berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.10 pagi waktu tempatan (10.10 pagi ini waktu Malaysia).

"Saksi berkata, mereka melihat pesawat itu menjunam semasa berpatah balik ke lapangan terbang Karachi sebelum ia terbakar.

"Setakat ini, 12 mayat telah dikeluarkan. Ada antara mayat rentung sama sekali," katanya kepada pemberita di kawasan kejadian. - Reuters/AFP

Saturday, November 6, 2010

MAS batal penerbangan ke Alor Setar

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Semua penerbangan Malaysia Airlines (MAS) keluar dan masuk ke Alor Setar masih dibatalkan ekoran lanjutan penutupan Lapangan terbang Sultan Abdul Halim.

MAS dalam satu kenyataan, di sini hari ini berkata penumpang-penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh menukar tiket mereka untuk penerbangan keluar atau masuk ke Pulau Pinang atau Langkawi.

Bagaimanapun menurutnya lain-lain perkhidmatan di lapangan terbang tidak termasuk dalam tawaran itu.

Menurutnya, mereka yang sudah membuat tempahan boleh menukar tarikh penerbangan tanpa sebaran bayaran walau apa jenis tiketnya sehingga 15 November ini atau mereka boleh dapatkan kembali wang bagi tiket yang sudah dibayar mengikut prosedur pemulangan biasa, bergantung jenis tiket.

Ia juga menggesa orang ramai supaya sentiasa berhubung dengan Pusat Panggilan 24 jam syarikat itu dengan menelefon 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia) atau datang sendiri ke pejabat jualan tiket sebelum terus ke lapangan terbang.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ditutup sejak Selasa selepas paras air mulai naik di beberapa bahagian di landasannya itu. - BERNAMA

A380 Qantas mendarat cemas

Kakitangan teknikal memeriksa enjin pesawat Qantas Airways A380 yang rosak sehingga terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura, semalam. – REUTERS

SINGAPURA 4 Nov. – Sebuah pesawat Airbus A380, milik Qantas Airways melakukan pendaratan cemas di republik ini hari ini selepas mengalami kerosakan enjin semasa berada di ruang udara Indonesia, dalam insiden kecemasan pertama penerbangan melibatkan pesawat superjumbo itu.

Pesawat dua tingkat yang berlepas dari Singapura menuju ke Sydney dengan membawa 433 penumpang itu terpaksa membuang bahan bakar di ruang udara Indonesia, sebelum berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini dan badannya mengeluarkan asap.

Enam kereta bomba menyemburkan cecair pada pesawat A380 itu sebaik-baik sahaja ia mendarat pada pukul 11.45 pagi.

Pesawat itu kelihatan kehilangan penutup sebuah enjin di sayap kiri dan bahagian tersebut nampak hitam, menurut seorang wartawan AFP.

Serpihan pesawat, termasuk apa yang kelihatan seperti sebahagian ekor jet Qantas ditemui di pekan Batam, Indonesia selepas bunyi letupan di udara dilaporkan kedengaran di bumi.

“Saya tidak melihat pesawat terhempas tetapi mendengar satu bunyi letupan kuat di udara. Serpihan-serpihan logam berguguran dari udara di sebuah kawasan perindustrian di Batam,” kata seorang saksi, Noor Kanwa.

Seorang jurucakap Qantas Airways di Australia berkata, pesawat itu membawa 433 penumpang dan 26 krew dan semuanya selamat tanpa sebarang kecederaan.

Qantas yang tidak pernah mengalami nahas maut dalam sejarahnya selama 90 tahun berkata, tidak ada pesawatnya terhempas di Indonesia tetapi semua penerbangan Airbus A380 miliknya digantung buat sementara waktu berikutan insiden tersebut.

Penerbangan komersial pertama Airbus A380, milik Singapore Airlines adalah mengikut laluan Singapura-Sydney yang sama pada Oktober 2007.

Sejak itu, masalah bahan bakar dan komputer menyebabkan perkhidmatan beberapa Airbus A380 iaitu pesawat penumpang terbesar di dunia, digantung. – AFP

Friday, November 5, 2010

B737-800 buka lembaran baharu MAS

Pesawat Boeing B737-800 milik MAS mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, baru-baru ini.

Penerimaan pesawat Boeing, B737-800 pada 1 November lalu bukan hanya menyaksikan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) memiliki pesawat baharu, tetapi juga mencerminkan titik permulaan hala tuju syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Dalam industri penerbangan yang sengit persaingannya, permodenan angkatan pesawat dilihat penting kerana inisiatif itu bukan sahaja mampu melonjakkan imej, bahkan turut menarik penumpang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

Seperti mana pesawat baru Airbus, A380 yang dipesan oleh MAS, B737-800 juga boleh menjadi daya tarikan sehingga membuatkan penumpangnya memilih untuk menggunakan perkhidmatan sesebuah pesawat.

Di bawah program permodenan angkatan pesawatnya, MAS telah menempah sehingga 55 buah pesawat B737-800, 25 buah pesawat A330-300 dan enam buah A380.

''Ketika ini, pesawat A380 menjadi faktor daya tarikan kepada penumpang,'' kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Tengku Datuk Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, MAS hanya akan menerima pesawat penumpang terbesar pertamanya itu pada 2012, setelah beberapa kali jadual penghantarannya ditunda.

Tengku Azmil berkata, dengan memiliki pesawat B373-800, MAS boleh menjadikan Kota Kinabalu sebagai hab berikutan pesawat itu mampu terbang lebih jauh berbanding B737-400 yang mempunyai jarak penerbangan sehingga 1,600 batu nautika (2,963 kilometer).

Dengan keupayaan terbang sejauh 3,115 batu nautika (5,765 kilometer), pesawat baharu MAS itu mampu terbang selama enam jam ke Hong Kong dan Jepun dari Kota Kinabalu.

MAS yang menerima B737-800 pada 1 November lalu akan memperoleh dua pesawat yang sama pada tahun ini. Kehadiran pesawat tersebut dilihat oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton yang melawat Malaysia baru-baru ini, sebagai penghubung kerjasama erat antara MAS dengan pengeluar kapal terbang AS.

Pesawat pertama itu akan melakukan penerbangan sulungnya pada 15 November ini bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah dan seterusnya ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo.

Perkhidmatan B737-400 akan ditamatkan secara berperingkat tetapi tindakan tersebut tidak dilakukan serta-merta.

Berikutan peredaran masa, industri penerbangan juga menghadapi perubahan dan paling ketara ialah kemunculan syarikat penerbangan tambang murah, sekali gus mencetuskan persaingan yang sengit.

Dalam menghadapi persaingan sengit, semua perkara perlu diambil kira khususnya ciri-ciri keselesaan dengan menawarkan tambang pada harga yang kompetitif bagi menarik lebih ramai penumpang.

Pesawat B737-800 milik MAS diberi sambutan semburan pancutan air daripada bomba Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebagai gimik menyambut ketibaan pesawat tersebut.

Menerusi penampilan hiasan dalaman skyline interior yang diperkenalkan dalam B737-800, ia dijangka dapat memberi lebih keselesaan kepada penumpang.

Boeing menjangka penampilanskyline interior dapat menarik penumpang tambahan untuk setiap tiga ataupun empat penerbangan bagi kelas ekonomi dan setiap 35 penerbangan untuk kelas pertama, bernilai AS$400,000 (RM1.24 juta) bagi tempoh lima tahun.

Konsep skyline interior merupakan konsep yang sama digunakan pada B787, dikenali Dreamliner, yang dijadual melakukan penerbangan komersial sulung pada pada tahun depan

Konsep tersebut akan menyaksikan dalaman pesawat kelihatan lebih besar dengan mengetengahkan siling yang lebih tinggi dengan lapan mod pencahayaan walaupun lebar dalaman B737-800 adalah sama dengan lebar model B373 terdahulu.

Skyline interior akan menggunakan pencahayaan diod pengeluar cahaya (LED) dan bukaan tingkap yang lebih besar yang membuatkan bahagian dalam pesawat itu lebih terang dengan memberi perasaan seolah-olah berada dalam kabin pesawat berbadan besar.

Boeing turut menambah tempat simpanan barangan dalam B737-800 yang berkeupayaan menyimpan lebih banyak beg dengan menggunakan ruang kabin yang kurang.

B737-800 milik MAS itu turut dilengkapi dengan skrin paparan cecair (LCD) pada setiap kerusi untuk hiburan dalam pesawat.

Seperti mana bahagian dalaman MAS yang baru, syarikat penerbangan itu turut memperkenalkan wajah badan pesawat baru.

"Kesemua B737-800 akan mempunyai wajah badan yang sama. Kami mahu rekaan yang ringkas menggambarkan berterusan dan mesra alam," kata Tengku Azmil.

Menerusi wajah badan pesawat yang baru dengan imej lebih dinamik bukan hanya kepada pesawat tetapi juga perniagaan MAS pada masa depan.

Tuesday, November 2, 2010

MAS soars to new heights

Flying high: Malaysia Airlines 737-800 project flight operations manager and pilot Capt Muhammad Affindy Abd Rahman (right) chatting with (from left) MAS CEO Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin, engineering and maintenance executive vice-president Mohd Roslan Ismail, MAS chairman Tan Sri Dr Munir Majid and operations director Capt Mohamed Azharuddin Osman in the first of the national carrier’s spanking new next-generation B737 aircraft(pic, below) after flying it back from Seattle, United States, Monday. — NORAFIFI EHSAN / The Star

SUBANG: Malaysia Airlines is set to become the first full-service airline in the world to operate the B737-800 with the new Boeing Sky Interior.

The interior design is similar to that installed in the B787 Dreamliner and features the use of mood lighting to enhance passenger comfort.

Other improvements include a higher ceiling, larger windows, leather seats, touch-screen inflight entertainment units, individual power supply, bigger stowage bins and USB ports for electronics.

The aeroplane is listed at US$70mil (RM217mil) and can accommodate 16 seats in business class and 144 in economy class.

It will make its inaugural flight next Monday to MAS’ new eastern hub in Kota Kinabalu where it will be based, followed by a commercial flight to Haneda Airport in Tokyo, Japan.

“This is a refreshing product for customers. Its interior is different, it has better technology and is more environmentally-friendly,” MAS chairman Tan Sri Munir Majid told reporters after the first Boeing B737-800 touched down at the Sultan Abdul Aziz Shah airport here yesterday.

Also present at the event were MAS CEO Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin and the three pilots who flew the plane back from Seattle, USA.

The B737-800 project flight operations manager and lead pilot Capt Muhammad Affindy Abd Rahman said everything about the aircraft, including its livery, was designed to be more economical.

“It flies higher, faster and carries more cargo than older models but is more fuel-efficient.

“The livery was also chosen because it uses less paint, thus making the plane lighter.

Capt Muhammad Affindy said the pilots enjoyed flying the plane.

“It’s like driving a BMW,” he said.

MAS has ordered 54 more B737-800, in addition to 25 Airbus A330-300 and six A380 that will be delivered in stages to replace its older fleet.

Juruterbang maut jet pejuang Romania terhempas

BUCHAREST 2 Nov. - Kementerian Pertahanan Romania dalam satu kenyataan berkata, dua juruterbangnya terbunuh apabila sebuah jet pejuang yang diguna mereka dalam satu sesi latihan terhempas malam semalam.

Kedua-dua juruterbang yang menaiki jet pejuang jenis MiG-29 Lancer itu mati di tempat kejadian apabila ia terhempas dekat Transylvanian di wilayah Campia Turzii. - AP