mangga add

Monday, April 29, 2013

Turkish Airlines kembali



Ismail Gercek


SEPANG 25 April - Syarikat penerbangan dari Turki, Turkish Airlines menyasarkan penerbangan setiap hari antara Istanbul dan Kuala Lumpur bermula tahun depan.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Ismail Gercek berkata, apabila bermulanya penerbangan itu, syarikat dijangka dapat memenuhi sasaran 30,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan syarikat itu pada tahun yang sama.

Katanya, rangkaian penerbangan keempat terbesar di Eropah tersebut telah menempah 117 pesawat A321 dan A320 daripada Airbus bagi menambah jumlah penerbangan mereka di seluruh dunia.
“Pada masa ini, kami terbang ke 222 destinasi di 99 negara dan rangkaian itu terus bertambah dengan adanya penerbangan ke Kuala Lumpur.

“Kami menyasarkan untuk menambah lagi jumlah penerbangan iaitu kepada 235 menjelang hujung tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran penerbangan Turkish Airlines ke negara ini di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohd. Taiyab.
Turkish Airlines terbang dua hala antara Istanbul dan Kuala Lumpur sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu.
Harga pengenalan bagi penerbangan dua hala dari Istanbul ke Kuala Lumpur adalah RM2,140 termasuk cukai dan yuran.

Menurut Ismail, syarikat itu belum ini terpaksa menghentikan penerbangan ke negara ini sejak 2002 kerana kekurangan pesawat, namun atas hubungan yang semakin baik antara kedua-dua negara, pihaknya mengambil keputusan untuk membuka semula operasinya di sini.
“Menurut data penerbangan antarabangsa, penerbangan dari Eropah ke Asia Tenggara semakin meningkat.
“Oleh itu, adalah perlu bagi kami untuk terbang ke Malaysia," jelasnya.


Monday, April 22, 2013

PRU-13: MAS perkenal tambang istimewa



KUALA LUMPUR 17 April - Malaysia Airlines (MAS) memperkenalkan harga tambang istimewa sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bertujuan menggalakkan orang ramai mengundi di kampung masing-masing.
Selain itu, syarikat penerbangan tersebut juga membenarkan penumpang yang telah menempah tiket untuk tempoh perjalanan dari 27 April hingga 12 Mei tetapi ingin mengubah tarikh perjalanan bagi tujuan mengundi, menunda tarikh tiket tersebut sehingga 31 Julai ini tanpa dikenakan caj tambahan.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya berkata, melalui tambang istimewa tersebut, penumpang MAS boleh mendapat tiket dua hala dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Pulau Pinang, Terengganu, Kuantan, Kota Bharu, Johor Bahru dan Langkawi dengan harga inklusif serendah RM130 untuk kelas ekonomi dan RM713 untuk kelas perniagaan.
Beliau berkata, penduduk sekitar Kuala Lumpur yang mahu balik mengundi di Kota Kinabalu, Labuan, Tawau, Miri, Sibu, Sandakan, Bintulu dan Kuching pula boleh membeli tiket dua hala dengan harga serendah RM300 untuk kelas ekonomi dan RM1,713 untuk kelas perniagaan.
"Rakyat Malaysia juga boleh berulang-alik antara Kuching dengan Kota Kinabalu, Miri, Bintulu dan Sibu dengan harga inklusif serendah RM76 untuk kelas ekonomi dan RM1,513 untuk kelas perniagaan.
"Tiket dari Kota Kinabalu ke Tawau, Labuan dan Sandakan pula dijual dengan harga serendah RM136 untuk kelas ekonomi dan RM1,713 untuk kelas perniagaan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Ahmad Jauhari berkata, MAS merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang membenarkan penumpang mengubah tarikh perjalanan untuk tujuan mengundi.
Tambahnya, penumpang MAS juga menikmati beberapa kelebihan seperti membawa bagasi kabin sehingga tujuh kilogram (kg) untuk kelas ekonomi manakala penumpang kelas perniagaan dibenarkan membawa masuk dua beg ke dalam kabin pesawat. - UTUSAN ONLINE



AirAsia X lancar laluan ke Busan, Korea



KUALA LUMPUR 16 April - AirAsia X akan memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Busan, Korea, mulai 15 Julai ini selepas memperkenalkan penerbangannya ke Seoul.

AirAsia dalam kenyataannya berkata, syarikat penerbangan itu akan terbang terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae Busan dengan menawarkan penerbangan empat kali seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani berkata, kemasukan AirAsia X ke Busan adalah selaras dengan strategi untuk menambah kekerapan penerbangan dan destinasi utama beberapa pasaran di Asia Pasifik seperti Korea.

"Kami percaya bahawa kemasukan ini akan merangsang permintaan perjalanan baharu dari bandar dan kawasan-kawasan sekitarnya," katanya.

Berikutan pelancaran laluan baru itu, AirAsia X menawarkan tambang promosi bermula daripada RM199 bagi kelas ekonomi dan RM699 bagi premium 'flatbed' untuk penerbangan satu hala antara Kuala Lumpur dan Busan.

Tiket penerbangan boleh ditempah dalam talian mulai 17 sehingga 28 April untuk perjalanan antara 15 Julai dan 30 April 2014.

Kapten James berjaya tamatkan separuh misi 1RTW



James Anthony Tan mengibarkan Jalur Gemilang sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Amerika Syarikat, semalam bagi menjayakan misi 1Malaysia Kelilingi Dunia (1RTW) selama 50 hari.

KUALA LUMPUR 19 April - Juruterbang muda negara, Kapten James Anthony Tan, 22, berjaya menamatkan hampir separuh misi solo mengelilingi dunia dalam usaha mencipta rekod baharu selepas selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Menurut Sekretariat 1Malaysia Kelilingi Dunia (1RTW), ketibaan James di Denver kira-kira pukul 1.30 petang pada hari ke-22 dalam misi itu melibatkan penerbangan keseluruhan sejauh 8,796 batu nautika (16,290 kilometer).

"Setakat ini, James telah mendarat di 11 hentian termasuk Thailand, Vietnam, Taiwan, Jepun, Rusia, Kanada serta Alaska, AS.
"James yang memulakan penerbangan pada 28 Mac lalu dijangka kembali ke tanah air sekali gus menamatkan misi 1RTW pada 12 Mei ini di Terminal Subang Skypark," demikian menurut sekretariat itu dalam kenyataan di sini hari ini.

James bakal mengukir sejarah tersendiri selepas memulakan ekspedisi solo mengelilingi dunia selama 50 hari dengan melawati 20 negara serta hampir 30 hentian menggunakan pesawat piston tunggal, Cessna P210.
Kejayaan misi 1RTW sejauh 21,600 batu nautika (40,000 kilometer) itu membolehkan James mencipta nama dalam World Guinness Book of Records sekali gus mendahului rekod semasa juruterbang termuda mengelilingi dunia yang dipegang warga Sweden, Kapten Carlo Schmid yang melakukannya pada usia 22 tahun.
Dalam perkembangan sama, Sekretariat 1RTW menjelaskan, James akan meneruskan penerbangan ke destinasi berikutnya iaitu Indianapolis, AS pada pukul 10 malam ini.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang berminat mendapatkan perkembangan terkini dan menyaksikan perbualan secara lintas langsung bersama James boleh melayari laman web www.1rtw.com.my atau Facebook di www.facebook/1RTW.2013 dan Twitter @1rtw.

Misi 1RTW itu dianjurkan Persatuan Juruterbang Muda Malaysia dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menerusi tajaan Yayasan Felda dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tiket AirAsia, Malindo Air laris



KUALA LUMPUR 18 April - Sempena Pilihan Raya Umum Ke-13, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. dan Malindo Air menerima tempahan tiket menggalakkan daripada orang ramai.
Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Air, Suresh Vanan berkata, sejak pengumuman tarikh pilihan raya diumumkan pada 10 April lepas, hampir 95 peratus tiket telah ditempah terutamanya menjelang hari penamaan calon.

"Tawaran masih lagi dibuka namun bergantung kepada konsep siapa cepat dia dapat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, orang ramai boleh melayari laman rasmi Malindo Air di http://www.malindoair.com/ untuk keterangan lanjut pakej penerbangan serta tempahan tiket secara online.
Syarikat hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group itu menawarkan tambang istimewa ke Kuching daripada RM78 dan daripada RM108 ke Kota Kinabalu itu boleh ditempah segera bagi perjalanan antara sekarang dan 31 Julai.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd., Aireen Omar berkata, pihaknya menerima sambutan yang baik sejak kempen Fly Home to Vote dilancarkan pada minggu lalu, bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.
"Bagaimanapun, jumlah tiket yang telah ditempah belum dapat dimaklumkan kerana AirAsia masih lagi menerima tempahan tiket daripada orang ramai yang ingin kembali ke kawasan pengundian bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya.

Tambahnya, orang ramai masih boleh membuat tempahan di laman web AirAsia, www.airasia.com untuk tempoh perjalanan segera, serta menerusi platform tempahan mudah alihnya menerusi telefon berkeupayaan WAP di mobile.airasia.com dan AirAsia apps di peranti iPhone dan Android.

Sebelum ini, AirAsia Bhd. pernah mengeluarkan kenyataan menawarkan bagi penerbangan domestik seluruh Malaysia, tambang bermula daripada RM29 sehala bagi laluan seperti Kuala Lumpur ke Johor Baharu, Pulau Pinang, Alor Setar, Terengganu, Langkawi dan lain-lain.

Tambang istimewa itu termasuk penerbangan yang beroperasi dari hab lain AirAsia di seluruh negara. - BERNAMA



Tuesday, April 16, 2013

Samseng kapal terbang



PERGADUHAN atau kekacauan yang berlaku di dalam pesawat udara sama seperti yang dilakukan oleh samseng atau pembuli jalan raya kecuali ia berlaku 30,000 kaki di atas awan.

Pelaku yang terlibat dalam air rage ini biasanya cenderung bertindak ganas sama ada dengan meninggikan suara atau mengugut melakukan kekerasan tanpa alasan munasabah.

Insiden sebegini dilaporkan semakin meningkat saban tahun. Mungkin disebabkan oleh peningkatan jumlah penumpang menggunakan pesawat udara dalam urusan seharian.

Pelbagai cerita dilaporkan. Dari seseorang yang enggan mengikut arahan keselamatan kepada mereka yang menengking, bergaduh atau cuba menyerang kakitangan kabin dan penumpang lain.

Dalam keadaan serius ia memaksa juruterbang membuat pendaratan kecemasan. Tetapi biasanya kakitangan bertugas akan berjaya mengawal keadaan tersebut dengan menggunakan beberapa jenis kaedah tertentu.
Pesawat lewat Banyak sebab boleh menukar seseorang menjadi samseng semasa berada di dalam pesawat. Anda tidak pun perlu kelihatan seperti seorang kaki pukul atau bonzer untuk melakukannya.

Sebab paling popular ialah kegagalan seseorang mengatur jadual penerbangan. Syarikat penerbangan tambang murah biasanya menggalakkan penumpang menggunakan penerbangan awal pagi dengan memberi pelbagai tawaran potongan harga dan promosi istimewa.
Ini memaksa penumpang bangun lebih awal dan berkejar ke lapangan terbang untuk daftar masuk yang selalunya satu atau dua jam lebih awal.

Mereka kemudiannya terpaksa melalui pemeriksaan bagasi dan keselamatan yang ketat.
Tiba-tiba menerima pula pengumuman flight delay. Bayangkan bagaimanakah perasaan mereka agak-agaknya?

Di sini anda boleh melihat beberapa penumpang mula meninggikan suara memarahi kakitangan terminal.
Dalam pesawat Semasa di dalam pesawat, ruang tempat duduk kelas ekonomi yang terhad akan mengehadkan pergerakan kaki dan badan.
Ini belum lagi dengan penumpang hadapan yang menurunkan kerusi dan menyukarkan penggunaan dulang makanan.
Begitu juga dengan faktor dehidrasi, penurunan tekanan udara dan penggunaan tandas.
Jangan lupa tidak semua penumpang berada dalam mood makan angin. Ada yang mengejar tarikh akhir mesyuarat atau sedang berkeadaan murung kerana terpaksa menghadiri perbicaraan atau pengkebumian.
Ketagihan merokok juga boleh menyebabkan seseorang meradang semasa di dalam pesawat.

Tragedi rampasan 9/11 menyebabkan ramai orang takut menaiki pesawat udara. Ini menyebabkan ada penumpang mengambil minuman keras untuk menghilangkan perasaan tersebut.
Harga murah di kedai bebas cukai dan tempoh menunggu yang lama pasti akan meningkatkan lagi pengambilan minuman tersebut.

Minuman keras menyumbang kepada 25 peratus kejadian samseng pesawat udara. Perlu diingat dalam altitud tinggi, paras alkohol darah akan menjadi dua kali ganda lebih tinggi berbanding semasa berada di terminal.
Ini akan menyebabkan seseorang lebih cepat mabuk. Begitu juga dengan penggunaan dadah.


Pesawat B 737 Lion Air terbabas ke laut



Keadaan pesawat Lion Air yang hampir putus dua dan terapung di luar kawasan Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar, Bali, semalam. - AGENSI

DENPASAR 13 April - Sebuah pesawat yang membawa 130 penumpang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai di sini dan terapung di luar pantai Bali.

Jurucakap pengendali lapangan terbang, Farid Indra berkata, kejadian berlaku pada lewat tengah hari dan kesemua penumpang termasuk anak kapal pesawat Boeing 737 Lion Air itu berjaya diselamatkan.
Wartawan AFP yang berada di Denpasar melaporkan, 45 mangsa yang dipercayai penduduk tempatan mengalami cedera ringan dan kini dirawat di hospital berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Bali, Arif Wahyunadi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian dan sehingga kini, punca sebenar masih belum dikenal pasti.
Menurutnya, pesawat itu berlepas dari Bandung dan dipercayai mengalami masalah sebelum melakukan pendaratan.
Televisyen tempatan menyiarkan raka
man pesawat tersebut yang hampir putus dan terapung dengan peluncur keselamatan terpasang pada pintu kecemasan pesawat. - AFP/ DPA


Monday, April 8, 2013

Malindo Air to offer more domestic flights to state


KUCHING: Malindo Air will be expanding its domestic flight service in Sarawak this June.
In stating this, its chief executive officer Chandran Rama Muthy explained the airline is looking to expand its range of flights from Kuala Lumpur to three other regions in Sarawak, namely Miri, Sibu and Bintulu.

“In addition to these flights, we are also looking to offer direct flights from Kuching to international destinations such as India and Indonesia,” Chandran announced during the Malindo Air Product Briefing which was attended by key tourism industry players here yesterday.

As the first hybrid airline in the country to fly the 737-900ER, he pointed out that Malindo Air was “not just a low cost airline” as it provides exceptional air services tagged with low fares and value added services.
Malindo Air with its hybrid airline concept is offering business and economy class.

“The all-leather seats have wider seat pitches of 45 inches in business class and 32 inches in economy class and all passengers will have the privilege of enjoying our in-flight entertainment system provided at each seat,” said Chandran, adding that business class travellers would have an allowance of 30kg for their check-in baggage while those travelling in economy class are allocated 15kg.

Meanwhile, Sarawak Tourism Board (STB) chief executive officer Datuk Rashid Khan said in his speech that STB and Malindo Air were currently in discussion on a collaboration not only on flights to Miri, Sibu and Bintulu from Kuala Lumpur but also on direct flights from Kuching to international countries.

“Whether inbound or outbound flights, they are vital for the tourism industry in the state and we hope to see
these flights come to fruition,” he added.


Currently, Malindo Air operates four daily flights between Kuala Lumpur and Kuching and three daily flights from Kuala Lumpur to Kota Kinabalu.


Malindo Air to fly to India in June



KUCHING (April 5, 2013): The newly-established joint Malaysia-Indonesia airline Malindo Air, which celebrated its new flights between Kuala Lumpur (KL) and Kuching yesterday, will operate international flights from KL to New Delhi, India in June.
Its CEO Chandran Rama Muthy said it will also start flights from Sabah and Sarawak to China and Hong Kong by early next year.
"Regional flights (from Sabah and Sarawak) will start at the end of this year or maybe early next year. Right now, the idea is to make Malaysia a transit hub for tourists that fly in via Lion Air and the Malindo network," he told a press conference here yesterday.
"The idea is to make KL, Kuching and Kota Kinabalu as transit hubs. We want people from Jakarta to go to KL and Kuching. Later, we want people from Pontianak to go to KL and Kuching."
Its next domestic destination out of KL is Miri, which will begin in June, followed by Sibu and Bintulu later.
"Lion Air carried nearly 30 million passengers last year and expects to carry 36 million this year, (we hope to) capture 10% of the market that go to Kuching, Miri, Bintulu and Sibu," he said.
Meanwhile, Chandran kept mum on talks that Malindo Air would begin operations out of the Sultan Abdul Aziz Shah Airport in Subang in May.
"We're focused on jet operations at the moment," he said, adding that it will make an announcement if there is a change in its plans. Currently, the Subang airport mainly serves general aviation and turboprop flights.
Chandran also said Malindo Air achieved over 70% passenger load factor last month and aims for load factor of between 80% and 90% for the full year. The airline started flights on March 22. It currently offers four daily flights between KL and Kuching, and three daily flights between KL and Kota Kinabalu.
"PT Lion Grup (of Indonesia) is huge, so we have economies of scale that we can leverage on. The idea is to have a good product and low cost operations," he said.
Aviation analysts have opined that hybrid airline Malindo Air is unlikely to sustain its low fares in view of seemingly higher costs due to added features, compared with low-cost carrier AirAsia Bhd.
Malindo Air is expected to have 12 units of Boeing 737-900ER aircraft by year-end. The airline is 51% controlled by National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd and 49% by Lion Grup.

Wednesday, April 3, 2013

Perang kontrak pesawat tempur




KUALA LUMPUR 29 Mac - Dalam keghairahan orang ramai melihat pertunjukan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013, tanpa disedari berlaku ‘peperangan sengit’ di belakang tadbir melibatkan syarikat pengeluar pesawat tempur.

Peperangan yang dimaksudkan adalah pertarungan sengit untuk memenangi kontrak penggantian pesawat pejuang MiG29 yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika ini.
Antara pesawat yang kini sedang menunjukkan keupayaannya unik mereka di LIMA 2013, sekali gus cuba memikat hati TUDM adalah Sukhoi SU-35 (Russia), Dassault Aviation Rafale (Perancis), Eurofighter Typhoon (Britain), FA-18F Super Hornet (AS) dan JAS Gripen (Sweden).

Daripada lima buah pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) berkenaan, Dassault Aviation Rafale, Eurofighter Typhoon dan FA-18F Hornet dilihat begitu menonjol dalam usaha melobi kontrak berkenaan.
Typhoon merupakan pesawat terbaik dengan mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih tetapi harganya yang boleh mencecah RM3 bilion sebuah telah membuatkan kerajaan mungkin perlu menimbangkan pilihan lain.

Manakala Rafale yang merupakan pesaing terdekat Typhoon menawarkan kelebihan dari segi harga yang lebih murah. Baru-baru ini, kerajaan India sedang menimbang untuk pembelian 126 pesawat itu dengan nilai AS$10 bilion atau bersamaan RM30 bilion.

Sementara itu, pilihan ketiga iaitu FA-18F pula mempunyai syarat yang terlalu ketat, terutamanya dari segi teknologi dan kod sumber (source code) yang tidak mudah untuk dipindahkan kepada pembeli pesawat.
Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan untuk melupuskan 16 pesawat MIG 29N yang dibeli dari Rusia pada 1995 pada kos AS$381 juta dengan menjualnya kepada negara yang berminat.
Keputusan berkenaan dibuat berikutan kos penyelenggaraan yang tinggi dan jika dilupuskan kerajaan akan jimat sebanyak RM260 juta setahun.

Kontrak berkenaan bukan hanya tertakluk kepada urusan jual beli semata-mata, tetapi kerajaan juga ingin melihat kepada tawaran timbal balik yang boleh diberikan oleh syarikat pengeluar berkenaan seperti pemindahan teknologi.

Ini bermakna tawaran mereka bukan hanya fokus kepada teknologi dan harga yang kompetitif tetapi pulangannya kepada keseluruhan industri pertahanan negara.
Pemilihan pesawat baharu menggantikan MIG 29N perlu memberi keutamaan kepada pesawat strategik yang berupaya melakukan penerbangan jarak jauh dan pesawat medium seperti MRCA.


F-22 AS undang kemarahan



Salah sebuah jet pejuang F-22 milik AS yang menyertai latihan ketenteraan bersama dengan Korea Selatan. - AFP

SEOUL 1 April - Tentera Amerika Syarikat (AS) menempatkan jet pejuang kalis radar F-22 di Korea Selatan sebagai sebahagian latihan ketenteraan bersama dengan negara ini yang sedang berlangsung, latihan yang mencetuskan ancaman tindak balas ketenteraan dari Korea Utara.

Dua buah jet pejuang F-22 Raptor tiba di Korea Selatan, semalam untuk menyertai latihan tahunan dikenali sebagai Foal Eagle, yang akan berakhir pada 30 April ini, menurut jurucakap pasukan tentera AS di Korea Selatan.

Jet pejuang itu dilaporkan berlepas dari pangkalan udara AS di Okinawa, Jepun.
Meskipun penggunaan F-22 dalam latihan ini bukanlah yang pertama, kehadiran jet pejuang itu sudah pasti akan meningkatkan kemarahan Pyongyang ketika ketegangan semakin memuncak di semenanjung Korea.
Korea Utara sebelum ini mengancam melancarkan serangan ke atas bumi AS dan pangkalan tentera negara itu di Pasifik sebagai tindak balas kepada penglibatan pesawat pengebom B-52 dan B-2 yang berupaya membawa bom nuklear dalam latihan tersebut.

Kelmarin, Korea Utara turut mengisytiharkan memasuki 'negara perang' dengan Korea Selatan dan memberi amaran kepada Seoul dan Washington bahawa sebarang provokasi dengan mudah akan mencetuskan perang nuklear.

Korea Selatan dan AS berdepan ancaman dari Korea Utara hampir setiap hari, sekali gus mencetuskan kebimbangan antarabangsa bahawa situasi itu mungkin di luar kawalan. - AFP