mangga add

Tuesday, September 28, 2010

Night Flying 2 & 3

Bergambar before naik ngan Capt Wan

Mlm semalam aku fly NF 2 & 3 ...for night flying 2 aku fly ngan Capt Wan dulu..nie kire solo check laa before ko pegi solo...

Alhamdulillah...walaupun angin agak kuat masa tu ATIS report wind was 110/05 ...maksudnya wind come from 110 degree and 05 kt...mase ngan Capt Wan kitorang buat 3 circuit & landing aje...2 normal and last skali flap less landing ...

Camnie laa gambaran dlm cockpit piper di kala mlm..

After landing and enjin pun x stop Capt Wan turun and suruh aku naik solo plak..sempat gak laa die pesan yg angin agak kuat so hati2 laa skit..if x confident go-around aje laaa...Aku pun ingat pesan "mahaguru" aku tu dengan teliti skali...

Holding at Early downwind Rwy 04

So masa terbang solo tu satu pengalaman baru buat aku laa coz tadi dengan instructor...anything happened die ade..tapi kali nie everything on your own..Mase aku solo kene gak hold 2 kali coz ade Schedule Arrival and Deparuture AirAsia and Firefly...Syukurlah semua ok and pemandangan time mlm mmg cantik gile..di tambah plak ngan lampu runway yg warna-warni :)

Night Flying 1

6.20pm...after settle pre-flight check

Wah..x sangka aku dh nk start night flying! Sebelum nie tgk org aje...pejam celik2x...dh tiba giliran aku plak...syukurlah...

Utk 1st night flying nie aku akan terbang dulu ngan Capt Wan ...mlm nie gune kapal 9M-NRN..Tepat pkul 6pm kitorang start night flying nye briefing ...Mase briefing nie ape yg penting is brief pasal weather..mane la tau takut2 ujan plak ke...pastu baca pasal emergencies mcm radio failure, total electrical failure and EFATO..

Lepas solat maghrib berimam kan Capt Wan kitorang start masuk dlm kapal...Dlm pkul 7.30 pm aku start engine..bermula laa pengalaman baru aku utk night flying nie...

6.55pm dh dekat nk sunset nie..awan Cu byk berkumpul kat belakang tu

7.20pm gambar nie aku amik before nk naik..lampu2 rwy dh buka!

Mmg pelik skit pasal night flying nie mase nk landing...mmg bergantung ke PAPI lights utk pastikan kita ade kat glide path yg betul...

9.00pm... Hangar APFT at night..cantikkan :)

Mase fly ngan Capt Wan sempat laa practice semua cct utk night flying..Normal and Flap less..Utk emergency plak kitorang practice EFATO and No Landing light on final..Alhamdulillah semua berjalan lancar...

Tak sabar utk esok plak for night flying solo :)

Saturday, September 25, 2010

MAS tawar tambang istimewa jualan raya 48 jam

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Dalam semangat menyambut Hari Raya, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang istimewa dari RM137 bagi perjalanan domestik antara 25 Oktober 2010 dan 31 Mei 2011 dalam promosi Khas 48 Jam Rumah Terbuka selama dua hari pada hujung minggu ini.

Tawaran berkenaan termasuk tambang bagi penerbangan rantau ini yang bermula dari RM259 ke Bandung, RM299 ke Bangkok, RM319 ke Ho Chi Minh, RM429 ke Perth, RM1,149 ke Sydney dan RM969 ke Dubai.

"Dengan pengukuhan ringgit, kini merupakan masa terbaik untuk membuat tempahan percutian bagi mendapatkan nilai terbaik bagi setiap ringgit,” kata Pengurus Besar Kanan (Strategi Komersial) MAS Dr Amin Khan dalam satu kenyataan hari ini.

Destinasi lain termasuk Singapura, Yangon, Bangalore, Chennai, Mumbai, Male, Dammam, Brisbane dan London.

Tiket boleh dibeli melalui laman web www.malaysiaairlines.com dan http://flymas.mobi. - Bernama

Pesawat AirAsia Airbus A320 istimewa diperkenalkan

KUALA LUMPUR 24 Sept. - AirAsia dan Lotus Racing memperkenalkan pesawat AirAsia Airbus A320 yang dihiasi dengan warna klasik Lotus Racing di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura hari ini.

Pengenalan itu juga berlaku serentak dengan perlumbaan Formula 1 Singtel Singapura 2010 yang berlangsung sehingga 26 Sept di Litar Marina Bay.

"Warna seragam ini bukan hanya mencerminkan perkongsian sinergetik kami, tetapi juga melambangkan bersama cabaran dan usaha gigih yang kami hadapi bagi menikmati kejayaan,” kata Ketua Pegawai Ekskeutif AirAsia Group yang juga Ketua Pasukan Lotus Racing Datuk Seri Tony Fernandes dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

Friday, September 24, 2010

Pesawat TUDM tergelincir akibat tayar pecah

KUALA TERENGGANU 22 Sept. - Sebuah pesawat DA90 Falcon milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang menjalani latihan tergelincir dari landasan ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 10.25 pagi itu, pesawat yang sering digunakan untuk membawa pemimpin kerajaan tergelincir ke padang rumput selepas roda kirinya dipercayai pecah sewaktu melakukan pendaratan.Justify Full

Bagaimanapun, ketika kejadian, tiada pemimpin kerajaan berada dalam pesawat berkenaan kecuali seorang juruterbang dan pembantunya serta tiga lagi krew. Kesemua mereka tidak mengalami kecederaan.

TUDM dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan, pesawat tersebut dalam sesi latihan penerbangan biasa dari Pangkalan Udara Subang, Selangor ke LTSM sebelum roda kiri pesawat itu pecah.

Menurut kenyataan itu, juruterbang pesawat tersebut bertindak pantas memberhentikan segera pesawat bagi mengelak berlaku kerosakan pada bahagian yang lain.

"Berikutan kejadian itu, landasan di LTSM telah ditutup sehingga pukul 1 petang.

"Pasukan teknikal yang tiba di lokasi kejadian telah menukar roda tersebut dan pesawat akan diterbangkan kembali ke Pangkalan Udara Subang," katanya.

Dalam pada itu, seorang saksi, Siti Salinah Mamat, 40, berkata, ketika kejadian dia terdengar satu bunyi kuat seakan-akan letupan dan sempat melihat ke arah landasan berkenaan.

Katanya, bunyi yang dihasilkan oleh pesawat tersebut terlalu kuat dan tidak pernah didengarnya sebelum ini.

"Gerai saya terletak berdekatan dengan lapangan terbang itu. Jadi, hari-hari saya dapat lihat pesawat mendarat namun kali ini saya amat terkejut apabila pendaratan pesawat itu disusuli bunyi begitu kuat.

"Apabila saya melihat ke landasan, saya nampak sebuah pesawat tergelincir dan memasuki kawasan rumput," katanya ketika ditemui di kawasan lapangan terbang itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian tersebut.

Thursday, September 23, 2010

Pesawat APFT tergelincir ketika mendarat, dua terselamat

Aduh...Eagle crash lagi...harap2 dijauhkan dari Malapetaka ini....

Berita dipetik dari Utusan Online ....

KOTA BHARU 23 Sept. – Sebuah pesawat syarikat penerbangan latihan swasta, Asia Pacific Flight Training (APFT) Kelantan tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini hari ini.

Pengurus Besar dan juga Pengetua APFT, Datuk Mohd. Khalid Ali berkata, kejadian itu berlaku semasa pesawat latihan jenis Eagle yang dipandu oleh seorang pelatih APFT dengan ditemani seorang jurulatih berpangkat kapten sedang mendaratkan pesawat berkenaan, pada kira-kira pukul 3.30 petang.

"Ketika melakukan pendaratan, pesawat itu telah mendarat sebelum melompat sekali dan ketika lompatan itu pesawat berkenaan telah senget ke kanan menyebabkan pemegang tayarnya bengkok lalu tersasar keluar daripada landasan sejauh sepuluh meter,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pelatih itu, Mohd. Hisham Mohd. Nazir, 21, yang hanya mempunyai 11 jam latihan penerbangan, dan kapten, Meor Mohd. Iqbal, 26, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, insiden itu kemungkinan berpunca daripada kurangnya pengalaman pelatih berkenaan, namun disebabkan latihan yang komprehensif disediakan oleh pihak sekolah itu, maka sebarang insiden yang lebih teruk dapat dielakkan.

Wednesday, September 22, 2010

Pesawat bawa 5 krew tergelincir akibat tayar pancit

Berita dipetik dari Utusan Online..

KUALA TERENGGANU 22 Sept. – Sebuah pesawat jenis Falcon 900 tergelincir ketika melakukan penerbangan latihan biasa di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dekat sini kira-kira pukul 10.34 pagi ini.

Pesawat yang membawa lima orang krew itu tergelincir apabila tayar kirinya dipercayai pancit sewaktu membuat pendaratan.

Bagaimanapun, kelima-lima orang krew tidak mengalami kecederaan. – Utusan

Monday, September 20, 2010

Berba the Man!!!

Berbatov dgn gempaknye score hatrik!!!

Sekali lagi Berba menunjukkan kegempakkan nye dengan score semua goal masa lawan "Liverfool"...mmg sangka laa dari noob maut mase season lepas kepada terer maut! Cayala bro..

Aku harap Man Utd dpt bawak kemenangan nie sebagai semangat utk menang game2 lain..ye laaa score punye awal..dh leading pastu last2 seri aje...aduh....

Wednesday, September 15, 2010

Frustrating Man Utd Performance

Rooney tgh pikir threesome dh..foursome?? hahahhahhah

Adoi hai....ape nk jadi nie Man utd ??? Aritu dh laa koseri ngan Everton..siap leading 3-1 tu..pastu seri...

Kali nie ngan Rangers plak...aku rase bley mkn besar tu sepatutnya..tapi habuk pun xde...Byk sgt laa problem Man Utd nie..dgn Rooney personal problem..cis tak berdisiplin nye Man Utd nie...hopefully this weekend match with liverpool diorang akan ok...

Monday, September 13, 2010

Hari Raya 2010: Dinner @ Keng Som KB

Papa dan mama puas ati!!

Hari raya ke -3 aku merayakan di KB...yelah..sekali skala balik kampung belah ayah aku...bagi aku aku dh biasa ngan KB nie coz APFT kan kat KB so pusing2 KB tu dlm genggaman laa..tak payah Garmin pun xpe..hehehhehe

Mlm nie aku plan nk bawak family aku rase masakan Thai yg kaw2..holiau punye! So, aku decide utk bwk diorang ke Keng Som...restoran Thai yg dekat ngan Dynasty Hotel, KB..kecik aje kedai die..but jng pandang sebelah mata ye...Masakan mmg superb!

Nyum2x!!!!

Omek suke mkn keng som :)

Menu aritu was Ayam Mongolia, Tom Yam Seafood, Butter Prawn, Kangkung celup tepung, daging bijan and tauhu...Mak aku siap bagi 10/10 lagi! Lagi sedap compare to Thai Restaurant yg kat KL..

Utk 8 org mkn, cube korang teka bape ringgit? RM 170 bro! itu pun teroder butter prawn yg harga die RM 70...mmg puas ati laaa..nyum2x!

Wednesday, September 8, 2010

FBI: Thai plane lands in L.A. after bomb threat

Passengers de-plane a Thai Airlines Airbus A-300 following an emergency landing Tuesday night at Los Angeles International Airport after a bomb threat discovered written on a bathroom mirror.

Lagi berita pasal bombing threat..huhuhuh mintak2 kite dijauhkan :(

LOS ANGELES — FBI officials say a Thai Airways flight from Bangkok has landed safely at Los Angeles International Airport after a written bomb threat was found written on a lavatory mirror on the plane.

FBI spokeswoman Laura Eimiller said airport officials were notified at 7:15 p.m. Tuesday of the alleged threat to Flight 794.

The plane landed safely just after 8 p.m. and was taken to a remote area of the airport, where passengers exited the plane.

Thai Airways president Piyasvasti Amranand told The Associated Press that a message that there was a bomb on the plane was found on a bathroom mirror. Amranand said the threat was written in English with bad grammar.

Eimiller said luggage on the plane will be screened and the passengers and crew were being interviewed by law enforcement officers.

Eimiller said there were about 200 passengers and crew on board.

The Los Angeles Fire Department says there were 18 fire trucks and fire engines on standby when the plane landed.

Tuesday, September 7, 2010

Pelatih wanita terbunuh pesawat latihan terhempas

JOHOR BAHRU 7 Sept. - Seorang juruterbang pelatih wanita terbunuh apabila sebuah pesawat ringan yang dipandunya terhempas di Ladang Seri Pulai di Gunung Pulai dekat sini pagi tadi.

Pesawat dua penumpang itu terhempas kira-kira pukul 9.20 pagi dan juruterbang itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat rentung selepas pesawat itu terbakar.

Bagaimanapun, seorang lagi penumpang iaitu jurulatih lelaki terselamat apabila berjaya keluar dari pesawat tersebut sebaik sahaja terhempas iaitu sebelum pesawat itu terbakar.