MASwings dari KK ke Puerto Princesa

KUALA LUMPUR 21 Nov.- Penerbangan terus MASwings Sdn Bhd yang baru diperkenalkan, dari Kota Kinabalu, Sabah ke Puerto Princesa di Palawan, Filipina akan mengukuhkan lagi kelompok pelancongan dan hubungan perdagangan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pegawai Operasi Pelancongan Puerto Princesa, Michie Meneses berkata, laluan baharu dengan pesawat ATR 72-500, buat sementara waktu dijadualkan tiga hari seminggu.
"Ia bukan hanya akan memendekkan tempoh dan kos perjalanan, tetapi turut merancakkan pertukaran pelancongan antara kedua-dua bandar.

"Sebelum adanya laluan baharu ini, para penumpang dari Puerto Princesa perlu ke Manila untuk sampai ke Kota Kinabalu, memerlukan lebih tiga jam berbanding satu jam dan 40 minit untuk laluan baharu ini," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pembangunan Mindanao (MinDA), Luwalhati Antonino dan menteri yang memeterai bagi Filipina untuk BIMP-EAGA, berharap dapat menyaksikan usaha yang sama bertujuan memudahkan pergerakan yang murah dan cepat untuk barangan dan pelancong.

Comments

Popular Posts