Pesawat MASWings terbabas
BARIO 27 Nov. - Sebuah pesawat ringan Twin Otter milik MASwing tergelincir beberapa meter daripada landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Bario, di sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, kesemua 13 penumpang termasuk krew bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada kesilapan krew membuat pengiraan berkaitan jarak landasan lapangan terbang terbabit.
Eksekutif Komunikasi Korporat MASwings, Rozanah Robert berkata, selepas selamat melakukan pendaratan, pesawat dari Miri terbabit bergerak menuju ke terminal utama.
"Bagaimanapun pesawat itu terbabas sedikit menyebabkan salah satu tayarnya tergelincir beberapa meter dari landasan dan masuk ke kawasan rumput. Punca sebenar kejadian masih disiasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Comments