Eagle crash!

Woi sungguh aku tak sangka..Aircraft yg aku slalu gune utk training crash semalam kat bachok..Mintak2 semuanya dijauhkan dari bahaya..utk cerita penuh..sila baca artikel yg aku amik dari Utusan online...

Pesawat ringan terhempas, dua terselamat

Pesawat ringan Eagle 150B yang berpengkalan di Pengkalan Chepa terhempas di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok petang, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari

BACHOK 9 Mac - Sebuah pesawat latihan akademi penerbangan swasta terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Tualang Salak, Jelawat di sini pukul 4.40 petang tadi.

Bagaimanapun, pelatih, Tuan Ahmad Humaizi Tuan Mohamad Kamal, 29, bersama jurulatihnya, Kapten M. Ramesh, 29, terselamat dalam nahas yang menggemparkan penduduk kampung tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Yahya Salleh, kejadian berlaku ketika kedua-duanya yang masih bujang sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan pesawat dua tempat duduk jenis Eagle 150B.

"Mereka mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu dan keadaan dilaporkan stabil.

"Tuan Ahmad Humaizi merupakan salah seorang pelatih di Asia Pacific Flight Training (APFT) yang beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

"Difahamkan, ini latihan penerbangan sulung pelatih tersebut dan mereka berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 3.30 petang," ujarnya.

Tuan Ahmad Humaizi mengalami patah kaki kirinya manakala Ramesh hanya terseliuh.

Bagaimanapun pihak media tidak dibenarkan menemui mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian mendapati bahagian hadapan pesawat satu enjin buatan tempatan itu dalam keadaan remuk.

Pesawat satu enjin Eagle 150B itu juga sering digunakan oleh kolej penerbangan tempatan dan luar negara termasuk di New Zealand dan Australia untuk tujuan latihan asas.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Mohd. Nasir Sulaiman, 56, memberitahu, dia berada di luar rumah ketika menyaksikan pesawat terbang rendah dan hampir terlanggar tangki air rumah jiran.

"Saya nampak orang di dalam pesawat itu melambai tangan seolah-olah minta pertolongan sebelum terdengar dentuman kuat di belakang rumah saya.

"Saya dan kawan-kawan kemudiannya bergegas ke kawasan sawah dan kami dapati kapal terbang itu sudah terhempas, hampir putus dan kelihatan dua orang melambai-lambai tangan," katanya.

Menurutnya, penduduk kampung mengeluarkan mangsa daripada kokpit pesawat kemudian mengusung mangsa ke sebuah rumah sebelum menghubungi bomba dan ambulans.

Comments

Popular Posts