Ape ni Dato Tony???

KUALA LUMPUR 24 Feb. - AirAsia Bhd yang melaporkan lonjakan keuntungan bersih sebanyak 111 peratus bagi tahun 2010, membayangkan ia mungkin mengenakan surcaj bahan api jika harga minyak terus tinggi.

Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, kemungkinan itu perlu dilihat berdasarkan peningkatan ketara harga minyak dan bahan api pesawat, susulan krisis yang berlaku di Timur Tengah.

Harga minyak mentah mencecah US$100 setong berikutan ketegangan politik di Libya, negara anggota OPEC, yang dibimbangi menular ke negara pengeluar minyak yang lain di rantau itu.

"AirAsia akan terus memantau pergerakan harga minyak, dan pelaksanaan surcaj bahan api tidak boleh diketepikan jika harga semasa kekal atau terus meningkat,” katanya pada panggilan persidangan bersama penganalisis hari ini. - Bernama

Comments

Popular Posts