Firefly tidak akan kenakan surcaj bahan api

KUALA LUMPUR 9 Mei - Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, tidak akan mengenakan surcaj bahan api terhadap penumpangnya walaupun syarikat penerbangan tempatan yang lain berbuat demikian.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengarah Urusannya Eddy Leong berkata, syarikat tidak terlepas daripada kesan kenaikan harga bahan api tetapi tidak akan mengenakan surcaj bahan api setelah menjanjikan untuk menyediakan tambang murah.

Beliau berkata, struktur tambang Firefly dan strategi penetapan harga telah mengambil kira pusingan bukan puncak serta tahap tertinggi dan pembeli awal dan saat akhir.

"Penumpang kami boleh menjangkakan jaminan tambang terendah dengan diskaun bagi tawaran sehingga 80 peratus atau malah tambang sifar,” katanya. - Bernama

Comments

Popular Posts