Empat terbunuh pesawat terhempas dalam cuaca buruk
Berita dipetik dari Utusan online...
OTTAWA 18 Julai - Empat terbunuh manakala lagi cedera apabila pesawat berpelampung terhempas dalam cuaca buruk di utara Quebec tengah malam tadi, kata pihak berkuasa.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada dan polis wilayah memberitahu AFP, tentera Kanada telah dihantar untuk mengesan lokasi pesawat Havilland DHC-2 setelah pemiliknya, ia Air Saguenay mendapati ia tidak tiba pada masanya yang dijadualkan.
“Pesawat itu terhempas berhampiran gunung yang berkabus tebal,” kata Chantale LaFlamme, jurucakap Lembaga Keselamatan Pengangkutan.
“Pasukan paramedik payung terjun telah dihantar ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 40 km ke barat Chute-des-Passes dan 500 km ke utara bandar raya Quebec,” tambah Sarjan Benoit Richard, pegawai polis wilayah Surete du Quebec.
“Dua orang yang terselamat dalam kejadian itu telah diterbangkan ke hospital, di mana seorang terbakar teruk manakala seorang lagi hanya cedera ringan,” katanya.
Punca kemalangan sedang disiasat oleh Lembagan Keselamatan Pengangkutan dan polis wilayah. - AFP
Comments