Kisah Hidup Mahmoud Ahmadinejad

Kawan2 ..nie kisah yg amat menarik utk kite contohi :)

Menjadi isuhangat baru-baru ini Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad melelong kereta Peugeot 504 yang dimilikinya pada 1977 untuk tujuan kebajikan,wang hasil lelongan kereta itu diserahkan kepada projek perumahan Mehr untuk penduduk yang berpendapatan rendah.

kereta presiden iran

Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia 40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih tersebut.

Berikut adalah kisah hidup Mahmoud Ahmadinejad

Kisah hidup Mahmoud Ahmadinejad selalu diperkatakan di blog-blog tapi saya memilih cerita Mahmoud Ahmadinejad sebagai perkongsian kerana kagum dengan kezuhudan beliau untuk dimasukkan di kategori tokoh hangat.

Mahmoud Ahmadinejad lahir di sebuah kampung pertanian di daerah Aradan, dekat Garmsar, sekitar 120 kilometer arah tenggara Teheran.

Dia merupakan anak keempat dari tujuh beradik, berasal dari keluarga Syiah. Ia merupakan putera seorang tukang besi. Seseorang yang tidak terkenal, bukan tokoh ulama, juga bukan tokoh politik di negara Iran.

Ahmadinejad bertubuh kecil semasa remajanya. Dikenali sebagai peminat bolasepak dan juga handal bermain bolasepak. Dia juga pintar matematik. Selain itu Ahmadinejad terkenal kerana memiliki suara yang baik, seperti semasa membaca Al-Quran dan juga pidato.

Tidak ada yang menyangka Mahmoud Ahmadinejad boleh dipilih menjadi Presiden Iran, kerana 6 calon presiden yang lain merupakan tokoh ulama atau tokoh politik yang mempunyai sumber dana besar. Ahmadinejad terpilih kerana rakyat menyukai gaya dan sifatnya yang sederhana.

Datuk Bandar Teheran

Ahmadinejad terpilih menjadi Datuk Bandar Teheran pada Mei 2003. Semasa menjadi Datuk Bandar Teheran, ke mana-mana selalu meronda sendiri, tetap tinggal di rumah teresnya, membersihkan rumahnya sendiri, suka meronda sendiri setiap sudut kota dan lain-lain.

Dalam masa tugasnya, dia membawa banyak perubahan yang dilakukan datuk bandar-datuk bandar yang sebelumnya iaitu lebih sederhana dan reformis, dan mementingkan nilai-nilai keagamaan dalam aktiviti-aktiviti di pusat-pusat kebudayaan.

Presiden Mohammad Khatami pernah melarangnya menghadiri perjumpaan Dewan Menteri, suatu hak yang biasa diberikan kepada para Datuk Bandar Teheran. Perkara ini kerana pada waktu Khatami menuju Universiti Teheran, Khatami terlibat dalam kemalangan. Khatami mengkritik Ahmadinejad yang pada masa itu menjadi Datuk Bandar Teheran.

Ahmadinejad hanya berkata: “Bersyukurlah kerana presiden kita telah merasakan kehidupan rakyatnya yang sesungguhnya”. Namun Ahmadinejad tetap tenang menghadapi larangan tersebut.

Kontroversi Ahmadinejad

Ahmadinejad semakin popular dengan kenyataannya semasa ceramah dalam sebuah pertemuan di hadapan para mahasiswa pada 26 Oktober 2005.Kenyataan Ayatollah Khomeini yang menyeru agar Israel “dihapuskan dari peta dunia” mencetuskan kontroversi. Selain, mengundang kecaman dari berbagai pemimpin dunia, termasuk Presiden Shimon Peres. Peres membalas dengan menuntut agar Iran dikeluarkan dari keanggotaan di Pertubuhan Bangsa-bangsa.

Kenyataan yang menimbulkan kontroversi ini diulang kembali pada 14 Disember 2005. Semasa itu, ia berkata bahawa Holocaust (peristiwa pembunuhan beramai-ramai terhadap kaum Yahudi oleh rejim Nazi pada masa Perang Dunia II) hanyalah sebuah mitos yang digunakan bangsa Eropah untuk mencipta negara Yahudi di jantung dunia Islam. Ia juga sempat mengadakan persidangan tentang Holocaust.

Sementara, kritik dalam negeri mengenai dasar domestik dan luar negeri terus menjadi isuhangat. Kritik datang dari tokoh ulama besar Ayatollah Hossein Ali Montazeri. Merujuk retorik Ahmadinejad terhadap Amerika Syarikat, Montazeri menyatakan bahawa Ahmadinejad perlu bertindak logik terhadap musuh dan tidak memprovokasi. Bagi Montazeri, ekstremisme tidak baik untuk rakyat.

Iran menegaskan bahawa pembangunan teknologi nuklear merupakan hak yang tidak boleh dinafikan walaupun Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan resolusi yang menuntut Iran untuk menghentikan program uranium. Ahmadinejad mendapat kritikan dari kalangan konservatif mahupun reformis mengenai dasar ekonominya dan cara dia menangani isu nuklear Iran.

Mahmoud Ahmadinejad berani dan selalu membuat ucapan yang berani mengkritik Amerika Syarikat, Israel dan sekutunya secara terbuka.

http://www.isuhangat.net/2010/10/ahmadinejad-bawa-al-quran-dan-injil/

Hidup Sederhana ala Ahmadinejad

Sifatnya yang sederhana ini terus terlihat semasa Ahmadinejad terpilih menjadi Presiden. Karpet-karpet merah Parsi yang mahal dikeluarkan semua dari istana, menolak kereta limosin dan tetap setia menggunakan kereta bapanya iaitu Peugeot serta tetap tinggal di rumah teresnya.

Selain sifatnya yang sederhana ia dicintai rakyat kerana lebih mementingkan memperbaiki ekonomi negara berbanding bidang-bidang lain dan memperjuangkan setiap pendapatan minyak bumi agar jatuh ke meja makan rakyat Iran.

“Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran. (Mahmoud Ahmadinejad) ”

Ahmadinejad terkenal dengan kesederhanaannya dalam kehidupan sehari-hari, baik sebagai personal maupun sebagai seorang Presiden Iran. Dalam sebuah sesi wawancara bersama wartawan TV Fox dari Amerika, terungkaplah sisi-sisi menakjubkan dari seorang Ahmadinejad, kehidupannya yang sangat sederhana menjadi sangat membanggakan jika kita bandingkan dengan kehidupan ahli politik negara kita.

Mahmoud Ahmadinejad duduk dalam sesi wawancara semasa pertama kali menduduki pejabat Presiden. Dia menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

Dia mendapati bahawa ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tetamu VIP, lalu ia memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan meminta pada protokol istana untuk menggantinya dengan ruangan biasa dengan 2 kerusi kayu, meski sederhana tetap terlihat impresive.

Langkah pertamanya adalah ia mengumumkan kekayaan dan hartanya yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. Akaun banknya bernilai minimum, dan satu-satunya wang yang masuk adalah wang gaji bulanannya sebagai pensyarah di sebuah universiti yang hanya bernilai US $250.

Mahmoud Ahmadinejad Tidur Di Ruang Tamu rumahnya

Selama menjadi Presiden Iran, dia tinggal di rumahnya sendiri. Dia tidak mengambil gajinya sebagai Presiden, alasannya adalah bahawa semua kesejahteraan adalah milik negara dan ia bertugas untuk menjaganya.

Presiden ini selalu membawa beg setiap hari yang berisikan sarapan; roti atau roti keju yang disiapkan isterinya dan memakannya dengan gembira, ia juga menghentikan kebiasaan penyediaan makanan yang dikhaskan untuk presiden.

Selain itu, perkara lain yang beliau ubah adalah polisi kapal terbang presiden, ia mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimatkan cukai masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.

Mahmoud Ahmadinejad juga menukar protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat masuk terus ke pejabatnya tanpa sebarang halangan.Dia juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto atau perkara-perkara seperti itu semasa mengunjungi berbagai tempat di negaranya.

Presiden Iran ini juga kerap tidur di ruang tamu rumahnya dengan hanya beralaskan karpet.

Kehidupan Spiritual Ahmadinejad

Berbeza dengan perlakuan terhadap menteri-menteri di negara kita, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad tidak akan melangkahi makmum lain di sebuah masjid jika ia datang terlambat. Ia akan duduk di barisan ke berapa pun yang didapatinya.

Dalam aktiviti sehariannya sebagai Presiden, ketika suara azan berkumandang, dia terus sahaja mengerjakan solat di mana-mana ia berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa. Ketika menikahkan puteranya baru-baru ini, beliau hanya melangsungkan acara yang sangat sederhana yang seperti majlis perkahwinan kaum pekerja.

Comments

Popular Posts