AirAsia tawar 10,000 lagi tempat duduk percuma
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia akan menawarkan 10,000 lagi tempat duduk percuma kepada rakyat Malaysia bagi penerbangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak setelah mendapati Program Integrasi 1Malaysia Bersama AirAsia sebelum ini mendapat sambutan.
Tempahan untuk 10,000 tempat duduk percuma itu boleh dibuat menerusi laman web AirAsia www.airasia.com bermula 12 tengah malam ini (15 Februari) untuk tempoh 24 jam.
"Penerbangan adalah dari Semenanjung Malaysia (Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru) ke Sabah dan Sarawak (Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu dan Bintulu) dan sebaliknya.
"Tarikh bagi penerbangan itu adalah dari 1 April hingga 30 April 2013," kata AirAsia dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kenyataan itu berkata, tawaran itu bagaimanapun tidak dibuka untuk penerbangan setempat dalam Semenanjung atau di salam Sabah dan Sarawak.
"Peruntukan bagasi, makanan dalam pesawat, pemilihan tempat duduk dan nilai tambahan yang lain juga tidak termasuk di dalam pakej tempat duduk percuma yang ditawarkan," katanya kenyataan itu.
Comments