Pesawat Korea Utara terhempas

Berita di Petik dari Utusan Online....

Bangkai Pesawat yg dipercayai jet MIG-21

BEIJING 18 Ogos - Sebuah pesawat yang terhempas di utara China mungkin milik Korea Utara, menurut laporan media negara ini hari ini.

Seorang saksi berkata, pesawat yang terhempas di kebun epal itu mengorbankan juruterbangnya.

Laporan media Korea Selatan menyatakan ia dipercayai sebuah pesawat pejuang yang kehabisan minyak dan mungkin dikemudi pembelot negara komunis itu.

Sementara itu, agensi berita Xinhua melaporkan, nahas berlaku petang semalam di perkampungan Lagu di wilayah Liaoning, kira-kira 150 kilometer dari sempadan Korea Utara.

China kini berhubung dengan Korea Utara bagi membincangkan masalah itu, lapor akhbar itu.

Seorang lelaki yang tinggal di perkampungan Ersonggou, kira-kira lima kilometer dari kawasan nahas berkata, dia dan ramai lagi penduduk melihat pesawat itu terbang rendah sebelum terhempas di kebun epal berkenaan. - AP

Comments

Popular Posts