mangga add

Saturday, November 19, 2011

MAS hidang ais krim cuti sekolah

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Penerbangan Malaysia (MAS) akan menghidangkan ais krim premium - Haagen-Dazs dan Magnum Mini Classic - semasa di dalam penerbangannya dari sini ke Sabah, Sarawak dan destinasi serantau semasa cuti sekolah.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata, ais krim Haagen-Dazs akan ditawarkan kepada penumpang Kelas Perniagaan dan Magnum Mini Classic kepada penumpang Kelas Ekonomi.

Destinasi serantau termasuk Jakarta, Denpasar, Surabaya, Manila, Phnom Penh, Hanoi, Ho Chi Minh City, Yangoon, Bangkok, Phuket dan Bandar Seri Begawan, katanya.

"Ais krim itu akan dihidangkan semasa penerbangan dari 19 November hingga 31 Disember 2011," katanya. - BERNAMA

No comments: