mangga add

Tuesday, April 17, 2012

MAS lancar penyiasatan penuh

KUALA LUMPUR 18 April - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) melancarkan penyiasatan penuh terhadap insiden teknikal yang melibatkan satu daripada enjin pesawat B747-400, bersama dengan pembuat enjin berkenaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya.

Pada 16 April, penerbangan MH002 MAS dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London mengalami masalah teknikal yang mengakibatkan pesawat itu terpaksa berpatah balik dan seterusnya menyebabkan kelewatan berlepas hingga keesokan harinya.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Jauhari berkata, pasukannya, dari anak kapal yang mengendalikan penerbangan itu hinggalah kepada kakitangan yang bertugas di lapangan terbang dan agensi-agensi lain di KLIA berusaha dengan penuh ketelitian untuk memastikan keselamatan, ketenteraman emosi dan keselesaan penumpang yang terjejas oleh insiden itu.

No comments: