Nahas pesawat, dua maut

JAKARTA 26 April - Seorang juruterbang Afrika Selatan dan penumpangnya, jurugambar rakyat Australia maut selepas pesawat ringan milik Susi Air yang mereka naiki terhempas di timur Indonesia, semalam.

Pengarah Operasi Susi Air, Christian Strombeck berkata, pesawat Pilatus PC-6 itu hanya membawa dua mangsa ketika kejadian, nahas ketiga terburuk dalam tempoh setahun di Indonesia.

Katanya, pesawat itu terhempas pada kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan dan mayat mangsa ditemui hari ini kira-kira pukul 1.30 pagi.

"Ketika kejadian, pesawat itu terbang di Kalimantan Timur untuk melakukan penggambaran dari udara sebelum ia terhempas,'' katanya.

Jurucakap Agensi Bantuan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho berkata, pesawat itu terhempas di tepi gaung berhampiran sebuah kampung di daerah Kutai Kartanegara.

Susi Air merupakan sebuah syarikat penerbangan kecil domestik yang biasanya menggunakan pesawat Cessna Grand Caravan yang memuatkan 12 penumpang serta dua juruterbang, tetapi ia turut memiliki pesawat ringan jenis Pilatus

Comments

Popular Posts