MAS buka pusat simulasi baharu di Glenmarie

KUALA LUMPUR, 24 Jan. - Malaysia Airlines (MAS) bersama-sama dengan CAE, peneraju di dalam penyediaan teknologi simulasi dan permodelan serta penyelesaian latihan bersepadu, telah membuka pusat latihan simulasi B738 yang baharu di Glenmarie, Subang.

Pusat itu, yang diselenggara dan dikendalikan oleh CAE, menyediakan peralatan simulator penerbangan penuh (FFS) CAE 7000 Series Boeing 737-800 Level D (FFS) dan Jurulatih Prosedur Bersepadu (IPT) CAE Simfinity Boeing 737-800 yang diperlukan dari CAE pada November 2009.

“Simulator penerbangan canggih itu adalah perlu bagi keselamatan dan keefisienan operasi syarikat penerbangan di seluruh dunia,” kata Presiden Kumpulan Produk Simulasi Awam, latihan dan Perkhidmatan Jeff Roberts semasa menyampaikan ucapan pembukaannya. - Bernama

Comments

Popular Posts