Sasidaran Ketua Pemasaran Langsung baru Tune Money

KUALA LUMPUR, 10 Jan. - Tune Money Sdn. Bhd., syarikat perkhidmatan kewangan dalam talian sehenti di bawah Tune Group, hari ini mengumumkan pelantikan Sasitharan Krishnan sebagai Ketua Pemasaran Langsung, berkuat kuasa 3 Januari.

Sasitharan ditugaskan untuk meningkatkan lagi keupayaan pemasaran langsung dalam Tune Money untuk memasarkan produk perkhidmatan kewangan, terutama insurans, kepada syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia dan pelanggan Tune Group.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Money Peter Miller berkata, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki Sasitharan, akan dapat membantu pelanggan meningkatkan pengalaman pemasaran langsung digital dan meningkatkan sinergi dengan syarikat Tune Group yang lain serta rakan perniagaan strategik lain termasuk AirAsia, Tune Hotels dan Tune Talk.

Tune Money ditubuhkan pada 2005 sebagai syarikat perkhidmatan kewangan sehenti yang menawarkan kad prabayar mampu milik menerusi jenama Visa dan produk insurans. - Bernama

Comments