- Get link
- X
- Other Apps
Popular Posts
AirAsia Claims Top Spot In Annual Airline Rankings
- Get link
- X
- Other Apps
KUALA LUMPUR, 11 Jan. - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.
Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu Bernama sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini.
Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.
Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.
Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu. - Bernama
Comments