Pesawat Singapura patah balik selepas 3 jam berlepas
SINGAPURA 28 Mac - Singapore Airlines terpaksa memanggil balik sebuah pesawat super jumbo Airbus A380 yang telah tiga jam berlepas ke Frankfurt, Jerman setelah anak kapalnya melaporkan salah sebuah daripada empat enjin Rolls-Royce pesawat itu mengalami kerosakan.
Pesawat yang membawa 430 penumpang itu berjaya mendarat dengan selamat di Singapura dengan menggunakan tiga buah enjin sebelum juruterbang bertindak mematikan enjin pesawat tersebut.
Para penumpang kemudiannya meneruskan perjalanan ke Jerman dengan menggunakan pesawat lain
Comments