Wah..hebatnye AirAsia!

KEJAYAAN AirAsia adalah kerana keupayaannya menawarkan tiket kos murah dan mengekalkan kos operasi yang rendah. Namun, segala-galanya tidak berakhir di situ. Kini peneraju dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tony Fernandes mengilham pesawat khas untuk kegunaan syarikat penerbangan tambang murah. Idea itu, diterima baik oleh pengeluar pesawat itu, Airbus SAS (Airbus) dan tidak mustahil, perkara itu bakal menjadi kenyataan nanti. Menurut Fernandes, pihaknya memerlukan pesawat yang cekap dalam penggunaan bahan api, menawarkan aliran pergerakan penumpang yang pantas serta lasak kerana pesawat perlu mendarat dan berlepas semula dalam tempoh yang singkat serta tidak berkompromi tentang keselamatan penumpang. Di dalam industri penerbangan, soal kos operasi menjadi penentu hidup atau mati sesebuah syarikat penerbangan. Malah, kemelesetan ekonomi dunia telah menyaksikan banyak syarikat penerbangan terkemuka menjadi muflis dan akhirnya ditutup kerana bebanan kos lebih tinggi berbanding pendapatan. Berikut adalah temu bual orang kuat AirAsia itu dengan wartawan Utusan Malaysia, KHAIRUDDIN MOHD. AMIN ketika berada di Sydney, Australia baru-baru ini. Utusan: Difahamkan Datuk Seri telah meminta Airbus turut mengeluarkan pesawat mengikut acuan syarikat penerbangan tambang murah. Jadi apa perkembangannya? TONY FERNANDES: Benar, saya ada berjumpa dengan Airbus mengenainya. Kami mengkajinya daripada pelbagai aspek utama iaitu kejuruteraan. Kami mungkin menerima 15 pesawat berbadan kecil (A320) tahun ini dan apa yang boleh dilakukan seterusnya adalah mengeluarkan pesawat yang lebih khusus untuk kami (dengan bermodelkan keperluan pesawat untuk syarikat penerbangan tambang murah). Kenapa perlunya pesawat khusus untuk syarikat penerbangan tambang murah? Ini lucunya dalam syarikat penerbangan. Industri ini sebenarnya sama seperti industri automotif yang menawarkan kepelbagaian keluaran kereta. Contohnya, kita melihat ada variasi kereta BMW Eropah dan BMW Asia. Jadi Airbus juga perlu ada kepelbagaian itu. Saya cuba menyatakan di sini bahawa semua syarikat penerbangan seperti Qantas, British Airways, Cathay Pacific sangat berbeza sekali operasinya daripada operasi kami. Jadi apa yang diperlukan oleh AirAsia? Kami memerlukan pesawat yang lasak dan boleh digunakan selama 13 jam sehari untuk selama 30 hari dengan turnaround atau tempoh antara pendaratan dan berlepas adalah 25 minit untuk membolehkan kami menggerakkan 180 penumpang dalam 25 minit serta pintu kecemasan yang masuk akal. Bagaimanapun, keadaan adalah berbeza jika anda mempunyai kelas pertama, kelas bisnes dengan pesawat A320. Sememangnya bukan mudah untuk menukar minda pembuat kapal terbang walaupun anda menempah 200 pesawat dengan mereka dan anda mengatakan, ‘Saya mahu ini’ Sekiranya diberikan pilihan, pesawat berkenaan akan mempunyai satu atau dua lorong? Saya suka pesawat A320 (satu lorong) untuk AirAsia. Bagaimanapun, anda perlu mengambilkira keperluan operasi AirAsia X. Saya benci pesawat A340 (yang digunakan untuk laluan Kuala Lumpur-London. Selain itu AirAsia X turut beroperasi dengan A330-300 untuk penerbangan jarak sederhana). Saya tidak mempunyai pilihan tetapi perlu menggunakannya. Seseorang perlu melihat kembali perkara ini dan memikirkan sesuatu untuk pesawat A330-300. Kita boleh ke London dengan pesawat ini. Ia adalah lebih ekonomi, lebih murah dan oleh itu tambang akan jadi lebih murah. Sebelum ini tiada orang yang terfikir syarikat penerbangan tambang murah akan menawarkan perkhidmatan jarak jauh. Ia berlaku hanya apabila AirAsia melakukannya, ini menyebabkan (penilaian semula reka bentuk pesawat) dilakukan. Berapa banyak pesawat yang perlu ditempah untuk membolehkan Airbus melakukannya? Kami menempah 175 pesawat A320 dengan pilihan untuk menempah 25 pesawat yang sama dan jika digabungkan dengan Qantas dan Jetstar terdapat kira-kira 300 buah pesawat. Ia merupakan satu tempahan yang besar untuk pembuat kapal terbang. Bagaimana Datuk Seri nmelihat prestasi industri penerbangan masa ini? Kami menghadapi situasi yang unik. Kami mungkin syarikat penerbangan paling untung apabila mengumumkan keputusan kewangan suku keempat. Pemulihan ekonomi adalah baik untuk semua. Kami juga tidak menerima kesan teruk tetapi apa yang baik adalah orang yang tidak pernah terfikir terbang dengan kami kini menggunakan perkhidmatan kami dan kekal dengan kami. Bilangan mereka yang menggunakan perkhidmatan penerbangan juga meningkat. Penguasaan pasaran sejagat oleh syarikat penerbangan tambang murah meningkat sejak lima tahun lalu dan terdapat pihak menjangkakan pupusnya syarikat penerbangan tradisional. Apa komen Datuk Seri? Saya pernah mengatakan syarikat penerbangan konvensional yang kekal beroperasi dalam bentuk yang sedia ada, akan berkubur. Itulah yang saya tegaskan sekian lama. (Syarikat penerbangan konvensional perlu berubah). Sememangnya sukar untuk menjalankan perniagaan jika anda mempunyai kelas pertama, kelas ekonomi dan kelas premium. Malah ada syarikat yang mempunyai empat kelas. Saya rasa mengadakan empat kelas dalam satu penerbangan tidak boleh dilakukan. Pengasingan itu dilakukan dengan harapan untuk menguasai pasaran tetapi usaha sebegitu tidak akan bertahan lama. Ia bukannya satu kematian tetapi evolusi. Jika dilihat kepada sejarah yang ada, syarikat penerbangan bermula dengan dimiliki oleh kerajaan yang menawarkan perkhidmatan untuk semua pasaran tetapi akhirnya tidak dilakukan apa bila pesaing baru muncul dalam pasaran dengan menukarkan model ekonomi. Bagaimanapun ia (industri penerbangan) merupakan perniagaan yang ganjil. Setiap kali anda ‘mati’ anda akan mendapat cek daripada kerajaan. Ia menakjubkan, perniagaan anda tidak pernah ‘mati’. Utusan: Difahamkan Datuk Seri telah meminta Airbus turut mengeluarkan pesawat mengikut acuan syarikat penerbangan tambang murah. Jadi apa perkembangannya? TONY FERNANDES: Benar, saya ada berjumpa dengan Airbus mengenainya. Kami mengkajinya daripada pelbagai aspek utama iaitu kejuruteraan. Kami mungkin menerima 15 pesawat berbadan kecil (A320) tahun ini dan apa yang boleh dilakukan seterusnya adalah mengeluarkan pesawat yang lebih khusus untuk kami (dengan bermodelkan keperluan pesawat untuk syarikat penerbangan tambang murah). Kenapa perlunya pesawat khusus untuk syarikat penerbangan tambang murah? Ini lucunya dalam syarikat penerbangan. Industri ini sebenarnya sama seperti industri automotif yang menawarkan kepelbagaian keluaran kereta. Contohnya, kita melihat ada variasi kereta BMW Eropah dan BMW Asia. Jadi Airbus juga perlu ada kepelbagaian itu. Saya cuba menyatakan di sini bahawa semua syarikat penerbangan seperti Qantas, British Airways, Cathay Pacific sangat berbeza sekali operasinya daripada operasi kami. Jadi apa yang diperlukan oleh AirAsia? Kami memerlukan pesawat yang lasak dan boleh digunakan selama 13 jam sehari untuk selama 30 hari dengan turnaround atau tempoh antara pendaratan dan berlepas adalah 25 minit untuk membolehkan kami menggerakkan 180 penumpang dalam 25 minit serta pintu kecemasan yang masuk akal. Bagaimanapun, keadaan adalah berbeza jika anda mempunyai kelas pertama, kelas bisnes dengan pesawat A320. Sememangnya bukan mudah untuk menukar minda pembuat kapal terbang walaupun anda menempah 200 pesawat dengan mereka dan anda mengatakan, ‘Saya mahu ini’ Sekiranya diberikan pilihan, pesawat berkenaan akan mempunyai satu atau dua lorong? Saya suka pesawat A320 (satu lorong) untuk AirAsia. Bagaimanapun, anda perlu mengambilkira keperluan operasi AirAsia X. Saya benci pesawat A340 (yang digunakan untuk laluan Kuala Lumpur-London. Selain itu AirAsia X turut beroperasi dengan A330-300 untuk penerbangan jarak sederhana). Saya tidak mempunyai pilihan tetapi perlu menggunakannya. Seseorang perlu melihat kembali perkara ini dan memikirkan sesuatu untuk pesawat A330-300. Kita boleh ke London dengan pesawat ini. Ia adalah lebih ekonomi, lebih murah dan oleh itu tambang akan jadi lebih murah. Sebelum ini tiada orang yang terfikir syarikat penerbangan tambang murah akan menawarkan perkhidmatan jarak jauh. Ia berlaku hanya apabila AirAsia melakukannya, ini menyebabkan (penilaian semula reka bentuk pesawat) dilakukan. Berapa banyak pesawat yang perlu ditempah untuk membolehkan Airbus melakukannya? Kami menempah 175 pesawat A320 dengan pilihan untuk menempah 25 pesawat yang sama dan jika digabungkan dengan Qantas dan Jetstar terdapat kira-kira 300 buah pesawat. Ia merupakan satu tempahan yang besar untuk pembuat kapal terbang. Bagaimana Datuk Seri nmelihat prestasi industri penerbangan masa ini? Kami menghadapi situasi yang unik. Kami mungkin syarikat penerbangan paling untung apabila mengumumkan keputusan kewangan suku keempat. Pemulihan ekonomi adalah baik untuk semua. Kami juga tidak menerima kesan teruk tetapi apa yang baik adalah orang yang tidak pernah terfikir terbang dengan kami kini menggunakan perkhidmatan kami dan kekal dengan kami. Bilangan mereka yang menggunakan perkhidmatan penerbangan juga meningkat. Penguasaan pasaran sejagat oleh syarikat penerbangan tambang murah meningkat sejak lima tahun lalu dan terdapat pihak menjangkakan pupusnya syarikat penerbangan tradisional. Apa komen Datuk Seri? Saya pernah mengatakan syarikat penerbangan konvensional yang kekal beroperasi dalam bentuk yang sedia ada, akan berkubur. Itulah yang saya tegaskan sekian lama. (Syarikat penerbangan konvensional perlu berubah). Sememangnya sukar untuk menjalankan perniagaan jika anda mempunyai kelas pertama, kelas ekonomi dan kelas premium. Malah ada syarikat yang mempunyai empat kelas. Saya rasa mengadakan empat kelas dalam satu penerbangan tidak boleh dilakukan. Pengasingan itu dilakukan dengan harapan untuk menguasai pasaran tetapi usaha sebegitu tidak akan bertahan lama. Ia bukannya satu kematian tetapi evolusi. Jika dilihat kepada sejarah yang ada, syarikat penerbangan bermula dengan dimiliki oleh kerajaan yang menawarkan perkhidmatan untuk semua pasaran tetapi akhirnya tidak dilakukan apa bila pesaing baru muncul dalam pasaran dengan menukarkan model ekonomi. Bagaimanapun ia (industri penerbangan) merupakan perniagaan yang ganjil. Setiap kali anda ‘mati’ anda akan mendapat cek daripada kerajaan. Ia menakjubkan, perniagaan anda tidak pernah ‘mati’.

Comments

Popular Posts