AirAsia mansuh bayaran RM10 bagi daftar masuk manual

KUALA LUMPUR 9 Dis. – AirAsia Bhd akan memansuhkan bayaran daftar masuk manual sebanyak RM10 untuk penerbangan antarabangsa pada bulan depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes hari ini.

Beliau berkata, syarikat penerbangan tambang rendah itu juga meninjau untuk menyemak semula caj kemudahan yang dikenakan terhadap penumpang AirAsia.

Fernandes, bagaimanapun berkata, bayaran daftar masuk akan kekal bagi penerbangan domestik memandangkan penerbangan berkenaan tanpa gangguan, oleh itu tiada sebab penumpang mendaftar masuk melalui laman web.

"Penerbangan antarabangsa memerlukan lebih banyak kertas dan proses pengenalan, jadi kami memutuskan untuk menghentikan mengenakan bayaran kepada penumpang,” kata beliau selepas merasmikan Pusat Pengembaraan dan Perkhidmatan ke-35 AirAsia, pusat sehenti bagi perkhidmatan dan perjalanan yang menawarkan tempahan penerbangan dan hotel serta pelancongan di KL City Walk, berhampiran Kuala Lumpur City Centre.

Fernandes berkata, pusat berkenaan akan memudahkan penumpang AirAsia mendapat akses kepada jadual penerbangan, produk dan perkhidmatan.

"Pusat berkenaan direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelanggan di luar talian, mereka yang tanpa akses kepada laman web kami serta tidak dapat membuat tempahan di rumah,

Comments