Jambatan aero: Golongan OKU kecewa keputusan AirAsia

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili golongan orang kelainan upaya (OKU) sangat kecewa dengan kenyataan AirAsia bahawa syarikat itu tidak akan menggunakan jambatan udara di KLIA2 apabila lapangan terbang itu siap kelak.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini hari ini, NGO itu meminta AirAsia supaya tidak mengetepikan keperluan penumpangnya, terutama golongan OKU, golongan tua, wanita mengandung dan kanak-kanak.

"Jambatan udara bukan sahaja perlu tetapi penting untuk mengurangkan masalah mobiliti dan meningkatkan keselamatan, dan keselesaan kesemua penumpang di dalam semua keadaan cuaca,” katanya.

Kesemua NGO itu turut menyeru pihak berkuasa supaya menjadi mandatori bagi kesemua syarikat penerbangan, yang termasuk syarikat penerbangan tambang rendah menggunakan jambatan udara di lapangan terbang yang disediakan kemudahan itu.

Sementara itu, NGO berkenaan menyambut baik keputusan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) untuk memasang jambatan udara di KLIA2 bagi kemudahan semua pihak

Comments

Popular Posts