Masalah komunikasi cetus amaran rampasan pesawat
AMSTERDAM 30 Ogos - Salah faham antara seorang juruterbang penerbangan Sepanyol dan menara kawalan Belanda mencetuskan kebimbangan berlakunya rampasan pesawat semalam, sehingga Belanda menghantar pesawat pejuang F-16 negara ini bagi memintas kapal terbang itu.
"Tidak pernah berlaku sebarang ancaman, apa yang berlaku ialah kekurangan komunikasi antara juruterbang dan menara kawalan sehingga pihak lapangan terbang mengaktifkan protokol keselamatan,"kata seorang jurucakap bagi pihak penerbangan Sepanyol, Vueling yang mana pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Malaga, Sepanyol ke Amsterdam dengan 180 orang berada dalam pesawat.
Menurut polis Belanda, amaran keselamatan diaktifkan setelah menara kawalan gagal menghubungi sistem radio pesawat itu sebelum ia akhirnya mendarat di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam sambil dipantau ketat pihak keselamatan.
Comments