AirAsia tempah enjin LEAP
KUALA LUMPUR 24 Jun — AirAsia Bhd memilih enjin LEAP canggih CFM International untuk memperkasakan 200 pesawat Airbus A320neo.
Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata, ia dijadual menerima tempahan itu pada 2016, tempahan terbesar dalam sejarah penerbangan.
"Untuk menyokong kumpulan A320neo, AirAsia juga menandatangani perjanjian RPHF (kadar pernerbangan sejam) selama 20 tahun dengan CFM untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan enjin menyeluruh,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, manfaat teknologi LEAP termasuk peningkatan dalam pembakaran bahan api, pelepasan dan bunyi.
"Ia akan memberi impak yang besar terhadap keuntungan dan merangsang pertumbuhan masa depan kami,” katanya. - Bernama
Comments