Pesawat Air India tidak dibenar terbang

NEW DELHI 3 Jun - Sebanyak 60 pesawat Air India, syarikat penerbangan kebangsaan India yang sedang mengalami kesempitan kewangan tidak dibenarkan terbang hari ini kerana tidak mampu membayar bil minyak.

Pesawat yang mewakili 19 peratus daripada perkhidmatan Air India dibatalkan penerbangan bagi laluan domestik dan antarabangsa itu kebanyakannya melibatkan lapangan terbang yang sibuk seperti di London, Delhi, Mumbai dan Bangalore.

Pembatalan penerbangan semasa musim pelancongan puncak menambah kerugian Air India yang sebelum ini turut mengalami kerugian besar apabila juruterbang mereka mengadakan mogok selama 10 hari pada bulan lalu. - dpa

Comments