PNB beli 2% kepentingan AirAsia

KUALA LUMPUR 3 Jun - Saham AirAsia naik 0.3 peratus kepada RM3, selepas Permodalan Nasional Bhd. (PNB) membeli 2.0 peratus saham syarikat penerbangan tambang murah itu.

OSK Research berkata, pembelian saham oleh PNB itu adalah positif kepada AirAsia dalam menerima lebih banyak suntikan dana institusi domestik, sekali gus mengurangkan kebimbangan penjualan oleh jualan asing.

Firma penyelidikan itu berkata, AirAsia merupakan satu-satunya syarikat yang memiliki pegangan tinggi oleh pelabur asing iaitu sebanyak 50 peratus.

Katanya, para pelabur asing secara tipikal akan bertindak secara negatif apabila berlaku kejutan pasaran global.

OSK Research menyarankan pembelian bagi saham AirAsia dengan sasaran tidak berubah sebanyak RM3.89

Comments

Popular Posts