Tikus dalam pesawat qantas

MELBOURNE 2 Jun - Qantas sedang menyiasat bagaimana lima ekor anak tikus dapat menaiki pesawat yang perlu dihentikan perkhidmatan di Sydney pada Selasa.

Menurut Australian Associated Press, atendan penerbangan menemui tikus itu di dalam pesawat Boeing 767, 10 minit sebelum penumpang dijadual menaikinya untuk penerbangan ke Brisbane pada petang Selasa.

"Bayi" tikus itu ditemui di dalam bahagian simpanan.

"Kami sedang menyiasat bagaimana ia memasuki pesawat itu," kata jurucakap wanita Qantas yang dipetik oleh laporan itu.

Katanya, penumpang yang dijadual menaiki pesawat itu dipindahkan ke pesawat lain, manakala tikus itu dibunuh oleh petugas yang kemudian menggeledah kabin bagi memastikan tiada lagi tikus di dalam pesawat itu.

Para jurutera yang membuat pemeriksaan pada keesokan harinya mendapati tiada kerosakan pada sistem wayar pesawat itu.

Pesawat itu dijangka diservis pada pagi ini. - BERNAMA

Comments

Popular Posts