Lapangan terbang Argentina beroperasi semula

BUENOS AIRES 26 Jun - Penerbangan masuk dan keluar ibu negara Argentina telah beroperasi seperti biasa hari ini selepas semuanya ditunda akibat awan abu yang dihamburkan gunung berapi Puyehue, Chile baru-baru ini.

Namun, negara jiran mereka, Uruguay masih tidak dapat beroperasi seperti biasa apabila sekurang-kurangnya 12 buah pesawat terpaksa dibatalkan hari ini dan beberapa pesawat turut ditunda kerana ahli meteorologi masih memberi amaran akan kesan abu gunung berapi tersebut.

Sementara itu, Australia masih menghentikan penerbangan ke Newa Zealand kerana Awan abu itu kini bergerak hingga ke sekitar Hemisfera Selatan. - AFP

Comments