MAS berdaya tahan hadapi persekitaran mencabar

SINGAPURA 7 Jun — Malaysia Airlines Systems Bhd (MAS) akan kekal berdaya tahan walau pun berhadapan persekitaran mencabar dan tidak akan mengubah sasaran keuntungan operasinya antara RM300 dan RM600 juta bagi tahun ini.

Pengarah Urusan, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz berkata, syarikat itu perlu menghadapinya dan memastikan paras pertumbuhannya yang ditetapkan selari dengan profil kos dan perolehan.

"Paras harga minyak yang tinggi yang berpanjangan akan memberi kesan terhadap kami seperti ia memberi kesan terhadap syarikat penerbangan lain,” katanya pada taklimat media di luar Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Sidang Kemuncak Pengangkutan Udara Dunia di sini.

Tengku Azmil berkata, syarikat penerbangan itu telah mengambil langkah yang tiada beza dengan syarikat penerbangan lain bagi mengawal harga bahan api.

Mengenai trafik syarikat penerbangan global, katanya walau pun ia telah meningkat 11 peratus, kenaikan harga bahan api memberi kesan negatif kepada keuntungan.

Semalam, Malaysia Airlines mengumumkan bahawa ia telah menyertai Oneworld, iaitu gabungan syarikat penerbangan berkualiti yang utama.

Tengku Azmil juga berkata pihaknya memerlukan banyak masa dan perlu melakukan lebih banyak usaha lagi sebelum sebarang perbezaan ketara dapat dilihat

Comments

Popular Posts