Kumpulan pertama 317 jemaah haji tiba di KLIA
SEPANG 1 Nov. - Kumpulan pertama 317 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini dengan menaiki pesawat SV5410 Saudi Airlines.
Pesawat tersebut tiba pada pukul 9.21 malam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah di Arab Saudi pagi tadi.
Ketibaan jemaah disambut oleh ahli keluarga dan saudara-mara masing-masing yang menunggu sejak pukul 7 petang di balai ketibaan.
Salah seorang jemaah haji, Halimah Sulaiman, 66, berkata, dia amat bersyukur kerana selamat tiba di tanah air dan dapat bertemu kembali dengan keluarga yang menanti sejak petang.
Comments