MASWings akan tukar pesawat Twin Otter

KUCHING 28 Feb. - MASwings, anak syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan menukar empat pesawat Twin Otter yang kini berusia lebih 20 tahun dengan pesawat baharu bagi meningkatkan mutu perkidmatan luar bandar (RES) di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Mohd Nawawi Awang berkata, cadangan penukaran pesawat lama dengan enam pesawat baharu itu telah diajukan kepada Kementerian Pengangkutan tahun lepas dan kini menunggu kelulusan.

"Cadangan telah diajukan kepada Kementerian Pengangkutan tahun lepas, dan sedang menunggu kelulusan, yang diharap dapat dipercepatkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan udara Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), di Pusat Konvensyen Borneo di sini malam tadi. — BERNAMA

Comments

Popular Posts