Pesawat A380 MAS mulakan penerbangan sulung

SEPANG 2 Julai - Airbus A380, pesawat penumpang komersial terbesar di dunia milik Malaysia Airlines (MAS), memulakan penerbangan sulungnya semalam dengan memilih London sebagai destinasi pertama.

Selepas hari ini, pesawat itu akan terbang ke London sebanyak tiga kali seminggu sebelum memulakan perkhidmatan harian ke destinasi tersebut pada Ogos.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyempurnakan acara melepaskan penerbangan sulung pesawat kebanggaan negara itu dalam satu majlis yang penuh gemilang dan meriah di sini malam tadi.

Muhyiddin berkata, penerbangan itu membuktikan kerajaan memberi perhatian serius dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia dan pelancong.

Pesawat sepanjang 73 meter itu mampu menampung sehingga 494 penumpang dan menawarkan satu daripada susunan tempat duduk terbaik dalam industri penerbangan bagi kabin kelas pertamanya.

Syarikat penerbangan negara itu menempah enam pesawat A380, empat akan dihantar menjelang hujung tahun ini dan bakinya pada 2013

Comments

Popular Posts