MAHB sukar layan permintaan
KUALA LUMPUR 8 Julai - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) didakwa terus membuat pelbagai permintaan 'luar biasa' di terminal penerbangan tambang murah baru, KLIA2.
Sumber berkata, AirAsia yang sering mengkritik pembinaan projek itu telah meminta Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk membuat laluan taxi selari di sebelah laluan kedua untuk memudahkan operasi syarikat itu.
Katanya, permintaan itu sukar dilayan kerana ia membabitkan projek fasa kedua KLIA2 untuk tempoh 10 tahun akan datang.
"Kemudahan laluan yang ada sekarang sudah cukup untuk menampung 45 juta penumpang di KLIA2," katanya.
Malah, secara sinis, sumber itu berkata, laluan taxi selari itu tidak semestinya perlu dibina memandangkan sehingga hari ini AirAsia masih belum mengesahkan akan berpindah ke KLIA2.
Comments