AirAsia beli 76% kepentingan dalam Batavia Air

KUALA LUMPUR 26 Julai - AirAsia dan unit Indonesianya, AirAsia Indonesia, telah membeli Batavia Air, dalam satu langkah yang akan meningkatkan kehadiran dan jaringan syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu urus niaga tunai bernilai AS$80 juta atau RM253 juta.

Ketua AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata pembelian Batavia Air akan melengkapi jaringan antarabangsa AirAsia, yang semakin meluas.

"Ia sesuatu yang amat sesuai kerana Batavia kukuh di dalam negara dan kamu kukuh di peringkat antarabangsa. Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan buat saya." kata Fernandes dalam catatan terbaharunya di dalam laman sosial, Facebook.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu, AirAsia berkata anak syarikat milik penuhnya, AirAsia Investment Ltd, telah menandatangani perjanjian dengan rakan kongsinya PT Fersindo Nusaperkasa, untuk membeli PT Metro Batavia, yang menggendalikan Batavia Air dan Aero Flyer Institute (AFI), sebuah sekolah latihan penerbangan.

Perjanjian tiga pihak itu telah ditandatangani di Jakarta hari ini antara AAB, Fersindo dan Metro Batavia

Comments

Popular Posts