Perolehan Boeing AS$20b

KUALA LUMPUR 26 Julai - The Boeing Company melaporkan pendapatan bersih suku kedua meningkat kepada AS$1.0 bilion (RM3.2 bilion) atau AS$1.27 (RM4.06) sesaham dari perolehan AS$20.0 bilion (64 bilion) .

Pendapatan sesaham meningkat 2.0 peratus, yang mencerminkan prestasi teras yang kukuh pada keseluruhan perniagaan syarikat itu, yang mencatatkan jumlah lebih tinggi perbelanjaan pencen, kata pengeluar pesawat di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Chicago, semalam.

Garis panduan pendapatan sesaham bagi 2012 meningkat kepada antara AS$4.40 (RM14.08) dan AS$4.60 (RM14.72) yang mencerminkan prestasi operasi terasnya yang kukuh.

Syarikat itu juga meningkatkan garis panduan perolehannya kepada antara AS$79.5 (RM254.4) dan AS$81.5 bilion (RM260.8) pada perolehan pertahanan, angkasa dan keselamatan dan mengesahkan semula tinjauan aliran tunai operasi 2012nya.

"Peningkatan perolehan dan prestasi operasi yang kukuh di keseluruhan perniagaan utama kami memacu secara signifikan dan meningkatkan keputusan separuh pertama 2012 Boeing," kata Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Jim McNerney.

Aliran tunai operasi sukuan Boeing sebelum sumbangan pencen ialah AS$1.7 bilion.

Perolehan suku kedua Boeing Commercial Airplanes meningkat 34 peratus kepada AS$11.8 bilion berikutan peningkatan jumlah serahan

Comments