MAS perlu laluan untung

LONDON 2 Julai - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) akan berbincang dengan kerajaan bagi membolehkan syarikat itu lebih banyak mengendalikan laluan yang menguntungkan pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, perbincangan itu perlu dilakukan kerana antara cabaran yang dihadapi oleh MAS ketika ini ialah membuat keuntungan.

“Kami akan berbincang. Perlu diingat bahawa MAS merupakan entiti komersial tetapi dalam masa yang sama ia juga ia adalah syarikat penerbangan kebangsaan," katanya di Lapangan Terbang Heathrow di sini, hari ini.

Ahmad Jauhari menyatakan demikian selepas menyertai penerbangan sulong pesawat Airbus, A380 bagi laluan Kuala Lumpur-London.

Pada penerbangan sulong itu, pesawat tersebut membawa 478 penumpang, empat juruterbang yang diketuai oleh Kapten Datuk Ahmad Zuraidi Dahalan dan 21 krew kabin.

Comments