MASWings lebar rangkaian kasih ke SK Rosob

PITAS 2 Julai - MASWings merupakan sebuah anak syarikat milik Malaysia Airlines (MAS) dan asalnya diwujudkan bagi memudahkan perjalanan penduduk Sabah dan Sarawak, terutama di kawasan terpencil di pedalaman kedua-dua negeri itu.

Ia bukan sahaja menghubungkan bandar besar seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Wilayah Persekutuan Labuan, Miri, Sibu dan Kuching, tetapi pengangkutan udara MASWings ini tidak melupakan penduduk jauh di pedalaman iaitu Kudat, Lawas, Limbang, Mulu, Bario dan Bakelalan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nawawi Awang berkata, warga MASWings dari dulu hingga sekarang akan terus berkhidmat dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, MASWings dan pihak kerajaan akan sentiasa bekerjasama dalam membantu menjana ekonomi serta menyalurkan kemudahan perubatan dan menambah nilai pembelajaran bagi kawasan pedalaman.

Comments

Popular Posts