Firefly unjur pertumbuhan penumpang 15%



Juruterbang Firefly, Kapten Ahmad Mahadzir Che Muhammad (kanan) memberi penerangan kepada pelajar Universiti Teknologi Mara di Subang, semalam.

SUBANG 13 Mac - FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly) mengunjurkan pertumbuhan penumpang antara 10 hingga 15 peratus pada tahun ini walaupun berdepan persaingan dengan Malindo Airways.

Ketua Pegawai Operasinya, Ignatius Ong berkata, ini tidak memberikan impak negatif malah percaya dengan keupayaan syarikat yang menyediakan perkhidmatan dari Subang.

"Permintaan terhadap penerbangan kami masih tinggi dan apa yang penting adalah mengekalkan momentum pelanggan yang sedia ada untuk menggunakan perkhidmatan kami dengan kerap," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas majlis "Kerjaya dalam Program Penerbangan" bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Malindo Airways akan membuat penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah mulai 22 Mac ini dengan harga serendah RM68 sehala.
Katanya, syarikat menjangkakan bilangan penumpang mencecah dua juta pada tahun depan berbanding 1.7 juta orang pada tahun lalu.

"Ini juga dipacu dengan penerimaan dua pesawat ATR pada Jun dan akhir tahun ini selain memfokuskan untuk menambah bilangan frekuensi penerbangan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Firefly akan menubuhkan hab di Johor Bahru berikutan permintaan yang tinggi di negeri itu.
Kini hab Firefly terletak di Subang dan Pulau Pinang.


Comments

Popular Posts