AirAsia hentikan perkhidmatan pusat panggilan mulai Mac

KUALA LUMPUR 9 Dis. – AirAsia Bhd menghentikan perkhidmatan pusat panggilannya di Malaysia mulai Mac tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes hari ini.

Beliau berkata, perkhidmatan itu, yang disumber luar daripada firma lain, tidak mencatat keuntungan, dan jumlah jualan tidak ketara.

Menurutnya, langkah itu akan menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan meja bantuan dalam talian syarikat penerangan tambang rendah atau pergi ke Pusat Perkhidmatan dan Perjalanan AirAsia yang terdekat.

"Pusat-pusat panggilan tidak dapat menampung asas dan kehendak pelanggan kami yang pesat berkembang.

“Kami menghentikan jualan di pusat itu empat bulan lepas dan kami akan menamatkan perkhidmatan pusat panggilan menjelang Mac 2012,” katanya selepas membuka Pusat Perkhidmatan dan Perjalanan AirAsia di KL City Walk, dekat Kuala Lumpur City Centre.

Fernandes berkata, pusat-pusat panggilan menerima banyak panggilan palsu serta panggilan daripada pengguna yang tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan itu

Comments

Popular Posts